Sempena CNY, Aku Cuba Menu Baru, Golden Butter Cereal Daripada KFC

Sempena CNY, Aku Cuba Menu Baru, Golden Butter Cereal Daripada KFC

Menu baru dan nampak tempting, kena la cuba kan. Kali ni KFC bawakan menu baru, Golden Butter Cereal yang dikeluarkan khas sempena Chinese New Year. Tapi sebenarnya ada satu lagi iaitu Durian Balls, tapi yang tu tak sempat rasa lagi.

Macam biasalah, kadang kita terpengaruh dengan iklan. Sama juga untuk menu baru ni. Kalau korang tengok iklan, dia sajikan dengan serbuk crunchie yang ditaburkan atas ayam goreng. Dah macam boleh buat makan nasi. Tapi kadang mengecewakan apabila sampai ke tangan pelanggan, siciput je crunchie dia kan. 

Tapi takpa, aku nak juga cuba lagi pun untuk dimana masa waktu lunch. Tak boleh dine-in musim PKP ni (walaupun sekarang dah boleh), jadi order sahajalah guna Foodpanda macam biasa. Pastinya lebih mahal sebab ada caj penghantaran. Tapi jom tengok, sedap ke tidak menu baru KFC ni.

BACA : Menu Baru Daripada KFC, White BBQ Crunch Sedap Tapi Spoil Sikit La...

Menu Baru KFC Golden Butter Cereal

Untuk permulaan, KFC Golden Butter Cereal ini dijual dengan tanda harga RM15.99 untuk 2-ketul ayam, mashed potato, coleslaw dan air bikarbonat. Juga ada set untuk 3-ketul ayam berharga RM19.99. Tapi aku beli untuk 2 ketul ayam sahaja.

Pembelian kali ini akan disertakan cereal yang diasingkan dalam sebuah bekas yang lain. Ini bermakna, anda boleh makan asing cereal tersebut, atau tabur di atas ayam yang sepatutnya anda lakukan. Barulah jadi nama menu baru ni.

Sempena CNY, Aku Cuba Menu Baru, Golden Butter Cereal Daripada KFC

Untuk persembahan, ayam goreng tersebut seperti disalut penuh oleh campuran telur masin iaitu sama seperti menu Golden Egg Yolk sebelum ini. Tetapi berbeza apabila ianya ditabur dengan cereal. lagi bertambah rangup. 

Jadi sepertinya, pada iklan KFC tersebut, sama apa yang aku dapat. Jarang berlaku

Untuk rasa, anda kena tabur cereal tersebut atas ayam. Oleh itu, anda akan rasa butter daripada cereal, rasa masin sikit dan ada rasa kari sikit. Bila makan bersama sos cili, bagi aku agak sedap sebenarnya. Seperti rasa masin manis tetapi tidak terlalu kuat. Jadi sepanjang anda makan ayam goreng tersebut, pasti akan ada taburan cereal yang terjatuh. Pandai-pandai la kutip keh. Manakala untuk side-dish yang lain, sama sahaja rasanya. 

Sempena CNY, Aku Cuba Menu Baru, Golden Butter Cereal Daripada KFC

Bagi pendapat aku, menu baru KFC Golden Butter Cereal ni sedap dan boleh repeat kerana harganya lebih kurang sahaja dengan set ayam goreng biasa. Tapi ianya ditawarkan untuk waktu terhad sahaja, tak tahu sempat nak rasa lagi ke tidak selepas ni.

Sebab ada satu lagi menu baru, iaitu Zero Chicken Burger. Nak cuba ke tidak ni? Ke korang dah cuba?

7/Post a Comment/Comments

  1. Dah cuba kfc golden butter cereal ni. Memang sedap dan nak repeat lagi kalau masih ada sebab tempoh jualannya terhad.

    ReplyDelete
  2. Wah menarik. Dah lama rasanya tak membeli di KFC. Sejak pkp. Dah dekat setahun jugalah

    ReplyDelete
  3. Naim tak mencuba lagi kerana KFC lebih dari 10km. hehe

    ReplyDelete
  4. kalau cuma tengok gambar memang sebiji macam yg versi telur masin dulu tu. klu ada rezeki tolong review burger epal McD pula. curious betul apa rasa dia hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup salutan dia sama rasanya. Tapi kali ni tambah cereal butter tu je.

      Delete
  5. I dah cuba zero burger tu! Rasa macam mcchicken. hahaha. I nak rasa yang ini pula!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post