Tonton Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Di TV3 (Slot Samarinda) dan Aplikasi iQIYI

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri tv3

Slot Samarinda diteruskan lagi dengan drama baru, Aku Yang Kau Gelar Isteri iaitu bermula 17 Februari ini bagi menggantikan drama Takdir Yang Tertulis yang akan disiarkan di TV3 dan juga secara striming di aplikasi iQIYI.

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri menampilkan penceritaan seram dengan penggunaan ilmu hitam. Mungkin kita dah lama tak nampak Adi Putra berlakon drama kan? Kali ini beliau kembali serta digandingkan dengan Sharifah Sakinah dan Nadia Brian. Nak tahu apa kesudahannya? Kena tengok drama ini nanti

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan aplikasi iQIYI
Pengarah : Shuhaimi Lua
Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Penerbit : Shuhaimi Lua, Wan Siti Fatimah dan Fazrien Ziear
Terbitan : Tanah Beris Film Production
Pelakon : Nadia Brian, Dato' Adi Putra, Sharifah Sakinah, Atiq Azman, Baby Azreen, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Zaki Azeman, Lana Nordin, Ummar Dzariff dan ramai lagi.

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

Penceritaan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini bermula apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian. Saksikan drama ini sehingga tamat.

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Di TV3

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Di TV3

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Di TV3

Waktu Siaran

Bermula 17 Februari ini, jangan lupa saksikan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam melalui slot Samarinda TV3. Jika terlepas, anda boleh saksikan semula secara online di aplikasi iQIYI secara percuma atau di www.iq.com pada pukul 11 malam sejurus selepas habis tayangan di TV.

Tonton Semua Episod Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 (Akhir)

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post