Semua Kaunter Perkhidmatan Awam Di Seluruh Pahang Ditangguh Bermula 2 Februari

Semua Kaunter Perkhidmatan Awam Di Pahang Ditangguh Bermula 2 Februari

Untuk makluman kepada rakyat Pahang, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang mengumumkan dimana semua kaunter perkhidmatan awam di Pahang ditangguh (ditutup) buat sementara bermula 2 Februari hingga 14 Februari 2021.

Pengumuman ini dibuat melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang Sendiri berikutan situasi COVID-19 terkini dan kluster-kluster baru yang timbul daripada penularan  di tempat kerja sukarelawan misi bantuan banjir.

Setakat 1 Februari 2021, di Pahang sahaja terdapat 511 jumlah kes aktif dan sehingga kini terdapat 4 daerah yang sudah berada di dalam zon merah iaitu Kuantan, Bentong, Temerloh dan Pekan. Manakala 3 zon jingga dan 4 lagi zon kuning.

BACA : Semua Aktiviti Pasar Malam, Pekan Sehari, Car Boot Sale Dihentikan Seketika Di Daerah Temerloh

Oleh itu, beberapa langkah segera yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Semua Kaunter Ditutup Sementara

Jadi segala urusan kaunter perkhidmatan Pejabat Persekutuan dan Negeri yang melibatkan urusan orang awam ditangguhkan sementara waktu dari 2 Februari hingga 14 Februari 2021. Oleh itu, orang ramai disarankan menggunakan perkhidmatan atas talian. Jadi seperti kaunter JPJ, Majlis Perbandaran dan pelbagai lagi akan ditutup.

Walaubagaimanapun, bagi pihak Swasta yang disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu, pengoperasian adalah tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan oleh MKN iaitu hanya melibatkan 30% kehadiran bagi pihak pengurusan.

Selain itu, mungkin penguatkuasaan had perjalanan 10km radius daripada kediaman akan diperketatkan lagi selepas ini. Jadi sila atur perjalanan anda jika perlu untuk keluar daripada rumah selepas ini. 

Semua Kaunter Perkhidmatan Awam Di Pahang Ditangguh Bermula 2 Februari

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post