5 Alternatif Aplikasi Waktu Solat Selain Muslim Pro Untuk Tahun 2022

5 Alternatif Aplikasi Waktu Solat Terbaik Selain Muslim Pro Untuk Tahun 2021

Jika anda sedang mencari aplikasi Waktu Solat yang sesuai untuk telefon bimbit anda, disini saya cuba senaraikan cadangan 5 aplikasi Waktu Solat untuk tahun 2022 sebagai alternatif kepada aplikasi Muslim Pro.

Mungkin selepas isu penjualan data pihak Muslim Pro kepada pihak ketiga tahun lalu, ramai cuba beralih kepada aplikasi lain yang lebih selamat. Walaubagaimanapun, pembangun aplikasi tersebut telah mendangkal kenyataan tersebut dimana tiada data leak yang berlaku. Semua perkara itu adalah salah faham sahaja. Tetapi betul ke sebenarnya? kita tidak tahu

Selepas isu tersebut jugalah, rakyat Malaysia delete aplikasi Muslim Pro daripada telefon masing-masing dan mencari aplikasi yang lain. Jadi jika anda salah seorang yang sedang mencari aplikasi waktu solat dan laungan azan yang sesuai untuk tahun 2022 selain Muslim Pro, anda boleh tengok senarai ini.

5 Aplikasi Waktu Solat Yang Terbaik Untuk Tahun 2022

Senarai aplikasi ini ada yang menyediakan untuk pengguna Android sahaja atau iOS sahaja. Dan ada juga disediakan untuk kedua-dua platform tersebut. 

1.  The Noor

The Noor

Baru-baru ini, usahawan muda berjaya, Neelofa telah melancarkan aplikasinya sendiri yang mengfokuskan kepada kehidupan sebagai seorang muslim iaitu The Noor. Aplikasi ini menyediakan banyak fungsi seperti notifikasi Azan dan waktu solat, al-quran, fungsi kiblat dan playlist al-quran untuk dengar pada bila-bila masa.

BACA : Aplikasi Muslim Pro Memperdengarkan Suara Neelofa Membacakan Makna Al-Quran

Fokus kepada fungsi waktu solat, ianya menggunakan pengiraan daripada JAKIM, jadinya tepat khusus bagi penggunaan di Malaysia. Selain itu ada juga fungsi cuaca bagi setiap waktu solat tersebut. Untuk laungan azan, terdapat 3 muazzin yang anda boleh pilih iaitu Akbar Azmi, Sheikh Idris Sulaiman dan Yasin Sulaiman. Semuany sedap didengari.

Untuk antaramuka, ianya mudah digunakan dengan segala ciri mudah difahami. Jangan risau, ada 5 pilihan bahasa disediakan termasuk English dan Bahasa Melayu. Anda boleh menggunakan aplikasi The Noor secara percuma untuk semua fungsi dan ianya tiada iklan diselitkan. Anda juga boleh tukar warna tema tau. Ikut kesesuai anda.

Jika berminat, boleh download aplikasi The Noor di Google Play Store atau Apple App Storealert-success

2.  Waktu Solat Malaysia

Waktu Solat Malaysia

Aplikasi Waktu Solat Malaysia dibangunakan oleh Media Prima Digital Sdn. Bhd. Aplikasi ini juga mengfokuskan kepada waktu solat disamping fungsi-fungsi lain. Ada ciri al-quran, doa-doa asas seperti  doa wuduk, doa solat, doa qunut, doa azan dan macam-macam lagi. Juga disediakan senarai restoren halal dan masjid berhampiran dengan anda. Tidak lupa juga, ada fungsi arah kiblat.

Untuk notifikasi azan, hanya terdapat 2 muazzin iaitu daripada Ustaz Hj Abu Bakar Bin Sairi dan juga Mohammed Najib bin Jemoin. Bunyinya juga agak lantang berbanding aplikasi lain sepanjang saya menggunakan aplikasi ni. Jadi nak bangun subuh, macam senang sikit la.

Aplikasi ini boleh digunakan secara percuma untuk semua fungsi tetapi diselitkan sedikit iklan pada beberapa bahagian. Ianya agak kacau kadang-kala. Selain itu, kadang waktu solatnya juga berbeza.

Jika berminat, boleh download aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play Store, Huawei App Gallery atau Apple App Storealert-success

3.  Iman / Iman Pro

Iman Pro

Aplikasi Iman antara interface yang paling simple dan minimalis daripada senarai ini. Ianya dibangunkan oleh orang Malaysia. Jadi tiada masalah kebocoran data atau jualan data kepada pihak ketiga la. Aplikasi iman juga mengfokuskan kepada waktu solat disamping fungsi lain. Ada fungsi kiblat, cari restoren halal dan masjid terdekat, dan sebagainya.

Selain daripada waktu solat Malaysia yang diambil daripada JAKIM, Iman juga menyediakan waktu solat bagi negara-negara lain yang diambil daripada MUIS, Singapore, Kementerian Agama RI, Indonesia, Pusat Da'wah Islamiah, Brunei FIANZ, New Zealand dan banyak lagi. Jadi anda boleh dapatkan waktu solat yang tepat apabila berada di luar negara.

Aplikasi Iman boleh didapati dengan percuma tetapi fungsi adalah terhad. Jadi anda boleh dapatkan Iman Pro untuk menggunakan semua fungsi yang disediakan dengan harga RM19.90 sekali bayar. Untuk tips, jika sebelum ini, anda boleh dapatkan secara percuma ketika tarikh hari jadi pembangun mereka atau dalam bulan Ramadan. Adalah lebih baik dapatkan Iman Pro bagi support produk lokal ini

Aplikasi ini hanya disediakan untuk pengguna iPhone, Serius, bagi saya Iman Pro adalah aplikasi terbaik bagi pengguna iOS.

Jika berminat, boleh download aplikasi di App Store untuk Iman atau Iman Proalert-success

4.  MySolat

MySolat

Kalau rasa aplikasi lain juga tidak selamat, mungkin anda boleh guna aplikasi MySolat yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri. Takkanlah Kerajaan nak jual data kita ke pihak ketiga kan. 

Aplikasi ini dibuat bagi memudahkan umat islam di Malaysia mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan ibadah Solat. Antara kemudahan dan fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini ialah Waktu Solat bagi seluruh Malaysia, al-Quran, arah kiblat, kalender Islam, masjid terdekat, doa harian, koleksi bacaan, infografik, tasbih digital dan banyak lagi. Ianya seperti one-stop-center kepada ibadah harian. Sepertinya tiada fungsi tukar muazzin lain. Hanya disediakan seorang sahaja untuk tukang azan.

Aplikasi MySolat boleh didapatkan secara percuma untuk semua fungsi, tiada aplikasi premium. Tetapi tiada iklan yang diselitka Walaubagaimanapun, ianya seperti agak berat dan lambat respon tetapi masih lagi boleh digunakan seperti biasa. Aplikasi ini dibangunkan untuk pengguna Android sahaja

Jika berminat, boleh download aplikasi MySolat di Play Storealert-success

5.  QalbyApp

QalbyApp

Sebuah lagi aplikasi waktu solat yang dikeluarkan oleh public figure tempatan. Kali ini ianya merupakan hasil daripada tim Mizz Nina melalui syarikat Eternal Rewards Sdn. Bhd. Untuk perbezaan daripada aplikasi lain, mungkin dari segi bahasa. Ini kerana ianya hanya menyediakan untuk bahasa Inggeris sahaja, tiada bahasa melayu.

Qalby App ada fungsi waktu solat, arah kiblat, jurnal, al-quran dan juga koleksi doa harian. Antaramukanya juga simple sahaja dengan menggunakan warna gradien lembut merah-biru-hijau. Untuk muazzin ianya hanya menggunakan seorang iaitu Imam Mekah.

Untuk baca e-jurnal anda perlu Sign Up. Aplikasi ini disediakan secara percuma tanpa iklan diselitkan pada mana-mana bahagian. Mudah digunakan.

Jika berminat, boleh download aplikasi QalbyApp di Play Store atau App Storealert-success

Inilah antara bagi saya yang terbaik yang pernah saya guna selama ini. Tetapi sebenarnya, saya masih menggunakan aplikasi Muslim Pro sehingga kini. Bukan sebab tak takut isu data peribadi tetapi pada aplikasi ni, semua ada. Jadi lebih baik guna 1 aplikasi sahaja. 

Anda guna aplikasi apa untuk waktu solat? Kongsikan di ruang komen dibawah

2/Post a Comment/Comments

  1. dah download the Noor. suka sbb x de iklan yg mengganggu.

    ReplyDelete
  2. Banyak juga aplikasi alternatif ni..nanti nak cuba install

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post