Cara Guna Aplikasi Setel Untuk Isi Petrol Di Petronas

Cara Guna Aplikasi Setel Untuk Isi Petrol Di Petronas

Di zaman lebih maju kini, nak isi petrol di stesen minyak pun boleh guna telefon je. Ya, melalui aplikasi Setel, korang boleh isi minyak tanpa pergi ke kaunter. Lebih cepat dan lebih mudah. Ikuti cara menggunakannya disini.

Dengan adanya aplikasi ini untuk isi minyak petrol di petronas, kini anda boleh bayar melalui 3 kaedah iaitu buat bayaran terus ke kaunter, bayaran menggunakan kad debit/kredit di pum minyak atau bayar melalui aplikasi Setel hanya di dalam kereta sahaja. Rasanya buat masa ini, hanya di Petronas sahaja boleh digunakan. Tiada lagi di Shell ke Petron, Caltex atau dimana-mana. 

Selain daripada memudahkan urusan pembayaran, aplikasi ini juga boleh disambungkan dengan Kad Mesra bagi mengumpul Mesra point untuk tebus pelbagai hadiah seperti baucer petrol, makanan, servis, kesihatan, tempat menarik dan sebagainya.

BACA

Jadi jika anda memang pengguna stesen Petronas, mungkin anda boleh ubah cara pembayaran selepas ini iaitu dengan menggunakan aplikasi Setel. Sini aku tunjukkan cara nak guna. Mudah, senang dan easy je weh! Dah Tahun 2021 kan.

Cara Guna Aplikasi Setel Untuk Isi Minyak Di Petronas

Sebelum itu, anda perlu download terlebih dahulu aplikasi Setel di Google Play Store, Huawei App Gallery atau Apple App Store sebelum menggunakannya. Kemudian anda perlu daftar dengan KLIK SINI dan ikut arahan yang ditetapkan. Jangan lupa masukkan kod yqtb6 untuk dapatkan RM5 percuma

Langkah 1)  Jika sudah selesai daftar, pergi pada "Payments" terlebih dahulu untuk topup duit masuk ke dalam aplikasi Setel.

Cara Guna Aplikasi Setel Untuk Isi Petrol Di Petronas

Langkah 2)  Klik "Top-up" > masukkan jumlah yang anda nak masukkan dan kemudian pilih bayar guna kad atau guna online banking (maybank, CIMB, Amband, RHB dan banyak lagi). Ikut arahan pembayaran seterusnya.

Cara Guna Aplikasi Setel Untuk Isi Petrol Di Petronas

Untuk Mula Pam Minyak

Untuk menggunakan aplikasi ini, anda wajib berada di mana-mana stesen minyak Petronas. Baru pembayaran akan diaktifkan. Kesemua langkah ini, anda buat dalam kereta sahaja, tak perlu keluarkan telefon daripada kereta. Lebih selamat.

Langkah 1)  Jika sudah sampai di petrol pump, akan terpapar "Purchase Fuel". Barulah anda boleh mula bayar dan isi minyak. Jika sudah, klik pada butang tersebut dan klik "Got It"

Cara Guna Aplikasi Setel Untuk Isi Petrol Di Petronas

Langkah 2)  Pilih "nombor pump" dimana kereta anda berada. Ada terpapar pada pam minyak tersebut. Kemudian pilih jumlah bayaran yang anad ingin buat berdasarkan RM atau LITER atau FULL TANK. Jika sudah, klik "PAY"

Cara Guna Aplikasi Setel Untuk Isi Petrol Di Petronas

Langkah 3)  Masukkan nombor pin yang anda telah tetapkan sebelum ini

Langkah 4)  Jika sudah keluar "Start Refuelling Now", boleh keluar kereta dan start pam minyak ke kereta anda sehingga selesai. Tak perlu ke kaunter.

Cara Guna Aplikasi Setel Untuk Isi Petrol Di Petronas

Langkah 5)  Jika sudah selesai, letak semula nozzle pump dan masuk ke dalam kereta dan selesai!

Cara Guna Aplikasi Setel Untuk Isi Petrol Di Petronas

Dari sini, anda boleh dapatkan resit penuh dengan cara download PDF pada link yang disediakan. Dalam masa sama juga, anda dapat Mesra Point

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post