Sekarang Dah Boleh Order Tealive Guna Aplikasi Touch 'n Go eWallet Tau! Ini Caranya

Sekarang Dah Boleh Order Tealive Guna Aplikasi Touch 'n Go eWallet Tau! Ini Caranya

Kepada yang masih tak tahu, sekarang ni hasil kerjasama antara Tealive dan Touch 'n Go eWallet (TnG eWallet), anda kini boleh buat pesanan minuman kegemaran anda dari Tealive menggunakan aplikasi TnG eWallet tersebut.

Sebelum ini, selain anda beli sendiri di kiosk Tealive, anda juga boleh buat pesanan melalui sistem penghantaran seperti Grabfood atau Foodpanda. Oleh itu, anda tidak perlu beratur panjang semata-mata untuk buat pesanan jika anda datang sendiri di kiosk.

Kini ada satu lagi cara untuk anda buat pesanan tanpa perlu beratur panjang di kiosk iaitu melalui aplikasi TnG eWallet. Walaubagaimanapun, setakat ini tiada ciri penghantaran yang disediakan. Hanya melibatkan Self-Pickup atau Drive-In Pickup. Anda perlu mengambilnya sendiri di kiosk tetapi tanpa perlu beratur panjang.

BACA : Cara Mudah Keluarkan Duit Cash Daripada akaun eWallet Anda

Sebelum ini, saya sudah cubanya sendiri. Ini kerana cawangan Tealive disini tidak dimasukkan ke dalam perkhidmatan Foodpanda dan dalam masa yang sama saya malas nak beratur panjang. Jadi saya buat sahaja pesanan melalui TnG eWallet terus dari rumah saya. 

Cara Buat Pesanan Tealive Menggunakan Aplikasi Touch 'n Go eWallet

Untuk melayakkan anda menggunakan cara ini, pastinya anda perlu terlebih dahulu download aplikasi Touch 'n Go eWallet di Play Store, App Gallery atau App Store dan daftar terlebih dahulu.

Kemudian anda perlu pastikan balance mencukupi atau boleh topup balance eWallet anda tersebut supaya mencukupi nilai pembelian. Kemudian boleh ikuti langkah dibawah:

Langkah 1)  Buka aplikasi TnG eWallet. Pada bahagian hadapan, klik pada icon Tealive

Sekarang Dah Boleh Order Tealive Guna Aplikasi Touch 'n Go eWallet Tau! Ini Caranya

Langkah 2)  Disini disediakan 2 cara sama ada Self-Pickup atau Drive-In Pickup. Kemudian anda pilih cawangan Tealive yang anda ingin dapatkan minuman anda nanti. Selepas itu, pilih tarikh dan waktu yang bersesuai. Klik Now sahaja, kalau mahukan dengan segera. Akhir sekali, klik "Start Ordering"

Sekarang Dah Boleh Order Tealive Guna Aplikasi Touch 'n Go eWallet Tau! Ini Caranya

Langkah 3)  Langkah seterusnya, anda boleh mula buat pesanan minuman kegemaran anda. Ada Bang Bang Oatsem KAW, Hazelnut Milk Tea, Milk Tea, Latte dan banyak lagi. Anda perlu klik "Add" untuk pilih minuman kegemaran anda tersebut.

Sekarang Dah Boleh Order Tealive Guna Aplikasi Touch 'n Go eWallet Tau! Ini Caranya

Langkah 4)  Buat pilihan ikuti citarasa anda, saiz cawan, add topping dan sebagainya. Jika sudah selesai, klik "Add To Cart". Kemudian klik "Payment"

Sekarang Dah Boleh Order Tealive Guna Aplikasi Touch 'n Go eWallet Tau! Ini Caranya

Langkah 5)  Disini akan dipaparkan segala maklumat pesanan yang anda buat bersama harga. Jika betul boleh teruskan dengan pembayaran dengan klik "Pay"

Sekarang Dah Boleh Order Tealive Guna Aplikasi Touch 'n Go eWallet Tau! Ini Caranya

Langkah 6)  Untuk confirm Payment, klik "Pay" untuk buat bayaran menggunakan TnG eWallet. Masukkan no pin dan selesai. Klik "Done"

Sekarang Dah Boleh Order Tealive Guna Aplikasi Touch 'n Go eWallet Tau! Ini Caranya

Langkah 7)  Paparan akan keluar, Payment Successful. Anda hanya perlu paparkan Collection ID ketika anda ingin ambil pesanan anda nanti di kiosk yang telah anda pilih tersebut. 

Sekarang Dah Boleh Order Tealive Guna Aplikasi Touch 'n Go eWallet Tau! Ini Caranya

Tiada notifikasi yang memberi tahu pesanan anda sudah siap. Jadi anda boleh datang bila-bila masa sahaja. Jangan risau, minuman anda disimpan dalam fridge sehingga pelanggan sampai.

Mudah kan...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post