Tonton Episod Penuh Drama Pujaan Hati Kanda Di TV3 (Slot Akasia) Tahun 2021

Info Dan Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Di TV3 (Slot Akasia) Tahun 2021

Sebenarnya drama Pujaan Hati Kanda ini disiar semula untuk tahun 2021 bagi menggantikan drama Rahimah Tanpa Rahim, bukanlah drama musim ke-2. Drama ini pernah ditayangkan pada tahun 2018 untuk mengisi slot Akasia sama seperti slot tontonan kali ini.

Drama Pujaan Hati Kanda merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Aulia Iman terbitan tahun 2016. Drama ini telah mendapat sambutan yang hebat ketika ditayangkan buat pertama kali di tv3 sebelum ini. Selain daripada plot dan jalan cerita, pelakon juga antara pemangkin menjadikan drama ini meletup ketika itu; Remy Ishak dan Mira Filzah memegang watak utama.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3 dan Youtube TV3 Malaysia
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penerbit : Arisz Ab Rahman
Terbitan : Mache All Star United
OST Drama : "Pujaan Hati" oleh Adira
Pelakon : Mira Filzah, Remy Ishak, Sarah Hildebrand, Aydeen Mikael, Azar Azmi , Syazwan Zulkifli, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P. Ramlee, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor, Farawahida, Catriona Ross dan ramai lagi

Info Dan Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Di TV3 (Slot Akasia) Tahun 2021

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda

Drama Pujaan Hati Kanda mengisahkan Megat Danish/Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru.

Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima sebuah 'hadiah' iaitu seorang bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.    Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy (Aydeen Mikael) sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqy dan benarkah Rizqy itu anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Info Dan Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Di TV3 (Slot Akasia) Tahun 2021

Info Dan Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Di TV3 (Slot Akasia) Tahun 2021

Waktu Siaran

Drama Pujaan Hati Kanda menemui penonton semula bermula 3 Mac 2021, yang bersiaran setiap Isnin hingga Ahad untuk 28 episod, jam 7 malam melalui slot Akasia TV3. Anda juga boleh strim di Tonton atau saksikan di Youtube TV3 Malaysia sejurus selepas tayangan di tv habis (jam 8 malam)

Tonton Semua Episod Drama Pujaan Hati Kanda

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15

Episod 16 | Episod 17 | Episod 18

Episod 19 | Episod 20 | Episod 21

Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Episod 25 | Episod 26 | Episod 27

Episod 28 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post