Info Dan Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Info Dan Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Nampaknya pengkarya terkenal, Siti Rosmizah kembali lagi dengan sebuah drama bertajuk Rindu Awak Separuh Nyawa yang akan disiarkan di Astro Ria melalui slot Megadrama. Sebelum ini meletup dengan drama 7 Hari Mencintaiku 2 dan kali ini adakah akan berlaku sekali lagi?

Sama seperti drama TV3 tersebut dimana drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama dari pengkarya yang sama iaitu Siti Rosmizah yang telah diterbitkan sekitar tahun 2016. Katanya novel itu juga best seller dan sekaran ianya diangkat dan direalisasikan dalam bentuk drama pula. 

Drama ini buat pertama kalinya menggandingkan Syukri Yahaya dengan Uqasha Senrose sebagai watak utama yang menggerakkan cerita ini disamping pelakon lain seperti Marsha Milan, Aida Khalida dan Fizo Omar.

Episod : 40
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria
Pengarah : Along Kamaludin
Penerbit : Siti Rosmizah
Terbitan : SR One Sdn. Bhd.
Skrip : Siti Rosmizah, Rozie Rashid dan Amka Ahmad

Info Dan Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Barisan Pelakon Dan Watak

Uqasha Senrose, Syukri Yahaya, Marsha Milan, Fizo Omar, Aida Khalida, Fiza Thomas, Norkhiriah, Aleza Shadan, Balkisyh Semundar Khan, Rahim Jailani, Khairil Anwar Aman, Noreen Iman dan ramai lagi

  • Syukri Yahaya sebagai NAZRIL NAZIM
  • Uqasha Senrose sebagai KASIH MAISARA
  • Norreen Iman sebagai QISTINA
  • Marsha Milan sebagai NURUL HUDA
  • Fizo Omar sebagai AIDIL
  • Aida Khalida sebagai PUAN NORIDA
  • Khairil Anwar Aman sebagai DATUK RAQIB
  • Rahim Jailani sebagai DATO HALIM
  • Fiza Thomas sebagai SALLY
  • Norkhiriah sebagai KAK MUNAH
  • Aleza Shadan sebagai ESAH
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai JAH KELIP

Info Dan Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan Kasih Maisara (Uqasha Senrose) yang menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib (Khairil Anwar Aman), kerana dia merasakan ayahnya merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil (Fizo Omar), anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim (Shukri Yahaya) yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka terjadi apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini.

Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally (Fiza Thomas) yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Info Dan Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda (Marsha Milan), gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa.

Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka? Saksikan episod penuh di Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Waktu Tayangan

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa akan bersiaran setiap Isnin hingga Khami, pukul 10 malam di Astro Ria (124) dan Ria HD (104) bermula 23 Mac 2021 untuk 40 episod kesemuanya. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

Tonton Episod Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4




sumber : rancangantivi.com

2/Post a Comment/Comments

  1. Oh! nilah megadrama yang anak Mrs.A cakap tu.
    Alahai! dah mula malam tadi tak tengok pula
    Okay takpe malam ni nak tengoklah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post