Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Di TV3 (Slot Lestary)

Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Di TV3 (Slot Lestary)

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam akan menemui penonton bermula 10 Mac ini melalui slot Lestary TV3 bagi menggantikan drama sebelum ini, Semua Salahku. Jadi kepada kaki drama melayu, jangan lupa saksikan drama romantis ini tayangan di TV3 dan secara online di WeTV Malaysia.

Kebiasaanya drama slot Lestary merupakan drama adaptasi novel. Sama juga untuk Romantika 4 Hari 3 Malam ini yang mana ianya juga drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama iaitu karya Wizana Emilia terbitan tahun 2018.

Drama arahan Nizam Zakaria ini bakal menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Oshin Ahmad, Nynaa Harizal dan ramai lagi. Untuk info lanjut, boleh baca seterusnya

Episod : 13
OST Drama : Masih Ada - Naqiu
Tayangan : WeTV Malaysia dan TV3 (Slot Lestary)
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Wizana Emilia
Terbitan : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
Pelakon : Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Oshin Ahmad, Nynaa Harizal, Daniesh Suffian, Dottie, Wafariena Roslan, Izzendra, Jesse Lim, Aida Aris, Lisdawati, Sahronizam Noor dan ramai lagi

Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Di TV3 (Slot Lestary)

Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Lana Analia (Amelia Henderson) memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. 

Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.

Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.

Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar (Sean Lee) pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.

Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?

Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Di TV3 (Slot Lestary)

Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Di TV3 (Slot Lestary)

Tonton Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Di TV3 (Slot Lestary)

Waktu Tayangan

Sama seperti sebelum ini bagi slot Lestary, drama Romantika 4 Hari 3 Malam akan bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu bermula 10 Mac 2021, jam 9 malam di TV3. Anda juga boleh tonton secara online di aplikasi WeTV Malaysia atau di www.wetv.vip sejurus selepas habis tayangan di TV iaitu jam 10 malam.

Tonton Semua 13 Episod Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post