Senarai Pemain Sri Pahang FC Dan Jersi Yang Akan Digunakan Untuk Musim 2021

Senarai Pemain Sri Pahang FC Dan Jersi Yang Akan Digunakan Untuk Musim 2021

Semalam, 4 Mac 2021 secara rasminya pengenalan bagi barisan pemain bagi pasukan bola sepak Sri Pahang FC (SPFC) dan juga pelancaran jersi yang akan digunakan dalam kancah Liga Super untuk musim 2021. 

Jika dulu Pahang FA, kini Sri Pahang FC, katanya sempena nama naga Tasik Chini. Selain itu, ianya juga menggunakan logo baru sempena penswastaan pasukan bola sepak di Malaysia. Tetapi masih tetap berpengkalan di Kuantan dan dijadikan Stadium Darul Makmur sebagai Home.

Selepas berminggu-minggu peminat Tok Gajah menunggu saat ini. Ramai juga tertanya-tanya bagaimanakan rupa jersi baru kali ini. Siapakah pemain yang sertai skuad kendali Coach Thomas Dooley kali ini? Muka-muka lama ada ke? Siapa muka baru yang baru masuk dan sebagainya.

BACA : Pengalaman Menonton Bola Sepak Di Stadium Darul Makmur Bagi Tahun 2020

Jadi pada 4 Mac, jam 3 petang telah diadakan live streaming yang dibuat melalui Youtube Bone TV untuk acara pelancaran jersi dan pengenalan pemain pasukan Sri Pahang FC untuk musim 2021.

Jersi Sri Pahang FC Untuk Tahun 2021

Musim baru ini, SPFC menggunakan jersi dari pengeluar Stallion untuk ketiga-tiga jersi. Masih mengekalkan warna tradisi biru kuning. Tetapi kali ini mengenakan design kotak-kotak berbeza seperti tahun-tahun sudah.

Harga dijual adalah RM100. Setakat ini, hanya dijual di kedai rasmi di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Home - Biru/Kuning
Away - Hitam
Third - Kuning/Biru

jersi sri pahang fc 2021

Bagi aku design kali ini bukanlah tak cantik tetapi tiada aura yang mengatakan ianya cantik. Mungkin sekadar biasa-biasa je kot. Tapi boleh la angkat selai baju ala-ala Crotia ni kan.

Senarai Pemain Sri Pahang FC 2021

Ini senarai 26 barisan pemain Sri Pahang FC 2021

Penjaga Gol

  • Helmi Eliza
  • Daniel Wafiuddin
  • Zarif Irfan

Pertahanan

  • Herold Goulon 
  • Ashar Al Aafiz
  • Mohamad Ezanie
  • Hazri Rozali
  • Jadid Ilias
  • Faizal Rosli
  • Mamadou Chickna
  • Muslim Ahmad
  • Hasnil Zaim
  • Fazly Mazlan

Pemain Tengah

  • Mohammad Baqiuddin
  • Zuhair Aizat
  • Shahrul Aizad
  • Hafiz Ramdan
  • Sharul Nizam
  • Azam Azih
  • Muhamad Arisazli
  • Lee Tuck

Penyerang

  • Faizal Rani
  • Pedro Henrique
  • Yevhen Bokhasvili
  • Nur Izzat
  • Malik Ariff

Untuk musim baru dengan mod penswastaan, tak harap banyak pun. Menang Liga Super pun dah ok. Nampaknya muka-muka baru ni nak kena tengok dulu corak permainan. Boleh pergi ke idok.

Jangan lupa perlawanan pertama Liga Super bermula minggu ini dengan perlawanan pertama melibatkan Piala Sumbangsih dan Pahang akan bermain pada Sabtu, 6 Mac bertemu Selangor di Petaling Jaya. Dapatkan jadual penuh Liga Super 2021 dan Liga Premier 2021. Apa-apapun Hogoh Pahang Hogoh 

Katanya Unifi sponser lagi tahun ni, jadi harap boleh la tengok live semua perlawanan di Youtube Unifi

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post