7 Resepi Air Balang Viral Paling Laris Sesuai Untuk Berniaga

7 Resepi Air Balang Viral Paling Laris Sesuai Untuk Berniaga

Sedar tak sedar beberapa bulan sahaja untuk kita sampai ke bulan Ramadan. Di Malaysia bila tiba Ramadan, ianya sinonim dengan Bazar Ramadan. Oleh itu, ramai mula buat persediaan untuk berniaga untuk tambah pendapatan dan antaranya melalui bisnes Air Balang.

BACA : Cara Jana Pendapatan Melalui Affiliate Klikjer Sehingga 4 Angka

Kenapa Air Balang? Sebab ianya sememangnya ada permintaan dan memang orang akan cari bila tiba di pasar malam, pesta, karnival atau di bazar-bazar Ramadan. Tambahan lagi bila cuaca panas untuk bulan biasa dan dibeli untuk berbuka puasa dengan air manis kan. Memang berebut la orang cari. Jadi ianya tidak timbul, ada ke orang beli air balang ni nanti? Sebab memang orang cari.

7 Resepi Air Balang Viral Paling Laris Di Bazar Ramadan

Jadi jika anda sudah daftar sebagai peniaga di pasar malam atau di bazar-bazar Ramadan yang bakal tiba ini, tetapi tak tahu nak jual air balang apa? Jadi disini, anda boleh lihat 7 resepi air balang viral best seller di Bazar Ramadan.

Jika anda tak tahu nak mula dan buat persediaan untuk berniaga Air Balang, anda boleh dapatkan panduan penuh berkaitan projek atau perniagaan ini.

Dapatkan panduan Bisnes Air Balang sehingga peroleh pendapatan lebih RM7,000 sebulan. Perkongsian ilmu dan strategi menyeluruh disediakan disini. alert-info

#1.  Air Katira Cincau

air Katira Cincau air balang

Ini memang air yang mendapat sambutan hangat terutamanya bila bulan puasa iaitu di Bazar Ramadan. Mesti ramai nak cari Air Katira Cincau. Mesti habis punya la kalau jual. Penyediaan ini adalah untuk sukatan 1 jug besar (4 Liter)

▶️ Bahan-Bahan

  • 1/2 tin buah-buahan campuran (masuk sekali air buah)
  • 1/2 tin laici (masuk sekali air buah)
  • 1/2 pek cincau (potong halus)
  • 3 sudu biji selasih (rendam sehingga kembang)
  • 1/2 cawan kordial barli
  • 1/2 tin susu cair

▶️ Cara-Cara

1.  Campur kesemua bahan dalam jug dan kacau sampai sekata

2.  Masukkan air paras yang sesuai sebelum campir ais/air batu

3.  Campur 1 cawan air aiskrim soda

4.  Campur susu pekat ikut kemanisan yang anda suka

5.  Campur pewarna hijau sampai jadi warna hijau seperti yang biasa anda lihat

6.  Akhir sekali, baru masukkan ais/air batu secukupnya. Sedia untuk dihidang dan dijual!

#2.  Air Soya Lemak Manis

air soya air balang

▶️ Bahan-Bahan

  • 200 gram kacang soya
  • 2 litre air
  • 1 cawan gula
  • 3 helai daun pandan yang disimpul
  • 1/2 sudu kecil garam

▶️ Cara-Cara

1.  Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya. Esoknya anda akan lihat kacang soya kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.

2.  Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.

3.  Sebelum di masak, sebaiknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.

4.  Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.

5.  Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Boleh buat persediaan untuk penjualan air balang anda.

#3.  Air Tembikai Susu

air tembikai susu air balang

Untuk resepi air tembikai susu ini, bahan yang digunakan adalah untuk menghasilkan air bagi balang 33 liter.

▶️ Bahan-Bahan

  • 5 biji buah tembikai susu (saiz besar)
  • 5 Tin susu pekat
  • 5 Tin susu cair
  • Secubit garam.
  • Air bertapis
  • Pewarna hijau epal.

▶️ Cara-Cara

1.  Kupas kulit dan potong kecil isi tembikai susu.

2.  Masukkan isi tembikai susu dan air ke dalam pengisar.

3.  Kisar bahan tadi sehingga hancur.

4.  Asingkan bahan kisar ke dalam bekas takungan ataupun botol.

5.  Ulang langkah di atas sehingga kesemua isi tembikai susu habis dikisar.

▶️ Persediaan Tapak Berniaga

1.  Tuang hasil kisaran tadi ke dalam balang air 33 liter

2.  Masukkan 2 liter air bertapis ke dalam balang tadi.

3.  Masukkan  susu pekat, susu cair dan secubit garam

4.  Kacau sehingga campuran air menjadi sekata.

5.  Masukkan 2 bag ais kiub ke dalam balang

6.  Kacau sehingga sekata.

7.  Tambah pewarna hijau epal setitik demi setitik sehingga naik warna. Kacau sekata. Sedia untuk dijual!

#4.  Resepi Air Jus Nenas Madu

air jus nenas madu air balang

Penyediaan Air Nenas Madu ini sesuai untuk balang 33 liter. Tetapi mungkin persediaan bahan boleh tambah atau kurang mengikut citarasa anda.

▶️ Bahan-Bahan

  • 10 biji Nenas Madu
  • 2 kg Gula Pasir
  • Air Bertapis secukupnya
  • Ais batu 2 beg besar

▶️ Cara-Cara

1.  Masukkankn kesemua nenas yang telah dipotong halus ke dalam blender.

2.  Blend sehingga hancur.

3.  Sedia ditapis untuk membuang hampasnya.

4.  Masukkan ais batu dan sedia untuk dijual. Minum tengah sejuk pun best!

#5.  Resepi Air Lai Chi Kang

Resepi Air Lai Chi Kang air balang

Ini juga antara air viral yang ramai mencari apabila datang di pasar malam di bazar-bazar Ramadan iaitu Air Lai Chi Kang atau Cikong.

▶️ Bahan-Bahan

  • 400ml air panas mendidih 100 darjah celcius
  • 8 biji kembang semangkuk
  • 10 batang gula kundur
  • 5 sudu barli siap direbus
  • 1 tin mata kucing/sirap longan
  • 1 kerek gula melaka
  • 3 sudu cincau siap dihiris
  • 3 sudu potongn kecil agar-agar berwarna-warni
  • Buah-buahan campuran untuk hiasan

▶️ Cara-Cara

1.  Rendamkan gula melaka, kembang semangkuk, getah anggur dan gula kundur ke dalam air panas

2.  Sediakan buah-buahan untuk hiasan. Gunakan buahan campuran dalam tin. Satukan semua bahan dan buah

3.  Tuangkan sirap longan dan sirap mata kucing. Kacau larutan

4.  Hidangkan dengan menambah air panas atau dengan ais. Sedia untuk dijual!

#6.  Air Jus Mangga Susu

Air Jus Mangga Susu air balang

▶️ Bahan-Bahan

  • Mangga masak dalam 4kg (bersamaan 23 biji mangga).
  • Air yang telah dimasak atau mineral water
  • Pewarna oren
  • 4 tin susu pekat 
  • 2 tin susu cair 

▶️ Cara-Cara

1.  Kupas mangga masak dan buang bijinya.

2.  Masukkan isi mangga tadi sehingga separuh daripada badan pengisar, kemudian masukkan air masak yang sejuk.

3.  Kisar isi mangga menggunakan pengisar elektrik sehingga larut sekata.

4.  Asingkan hasil kisar ke dalam bekas yang berasingan.

5.  Ulang langkah tadi sehingga isi mangga habis dikisar.

6.  Campurkan hasil kisar tadi ke dalam balang air 33 liter yang berisi dengan 1-2 bag ais. Kacau sehingga sekata.

7.  Masukkan pewarna oren setitik demi setitik kemudian kacau sehingga mendapat warna yang menarik. Sedia untuk dijual!

#7.  Air Teh Ais Cincau Kaw!

resepi teh ais cincau air balang

Inilah antara resepi air yang viral dimana-mana sahaja. Lagi-lagi kalau masa panas, memang ramai cari teh ais kaw ni. Bulan puasa pula orang ramai cari untuk juadah berbuka. Boleh juga jual air ini untuk bisnes air balang anda.

▶️ Bahan-Bahan

  • Teh serbuk
  • Susu full cream
  • Gula (ikut sukatan yang anda mahu)
  • Buah pelaga/ kayu manis atau cengkih
  • Cincau

▶️ Cara-Cara

1.  Penaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan

2.  Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah

3.  Sukatan susu ikut nak kaw macam mana

4.  Bila dah nampak warna teh dan cantik dan rasanya pula dan sedap, boleh tutup api

5.  Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau

Tips Dan Cara Berniaga Dan Bisnes Air Balang Viral Dengan Betul

Bagi mereka yang baru bermula atau baru nak berniaga air balang ni mesti banyak perkara tak tahu lagi kan. Berapa modal yang diperlukan. Nak beli kanopi lagi, meja pasar malam dan paling penting balang air tersebut.

Jadi melalui panduan Bisnes Air Balang ini, ianya menerangakan dengan details apa yang diperlukan sebagai seorang peniaga air balang. Bukan itu sahaja, teknik berniaga juga diterangkan. Cara nak tarik pelanggan, pilih lokasi, kos & modal semua ada. Tambahan lagi diberikan extra 25 resepi air balang viral yang lain.

Jadi anda boleh dapatkan panduan Bisnes Air Balang dengan klik gambar dibawah. Dengan 1 harga, anda peroleh 3 eBook panduan yang ditulis sendiri oleh peniaga air balang sendiri. Memang real usahawan la.

KLIK SINI/button/

tips dan cara bisnes air balang


sumber resepi : air balang johor

4/Post a Comment/Comments

  1. semua sedapppnyaaaa tak sabar nak beli air balang ahaha

    ReplyDelete
  2. Paling minat beli Air soya dengan air lemon blue. Tak ada pulak sini. Haha Selalu minum air bersusu pun mcm muak pulak. hehe

    ReplyDelete
  3. kalau pergi ke pasar malam ke ape, gerai2 jual air balang ni lah yang paling meriah

    ReplyDelete
  4. Uisshhh time bulan puasa tengok air balang ni rasa tak sabar nak tunggu berbuka :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post