GKP 3.0: Ini Cara Memohon Bantuan One-Off RM1000 Untuk Permohonan Baru

GKP 3.0: Ini Cara Memohon Bantuan One-Off RM1000 Untuk Permohonan Baru

Melalui inisiatif Kerajaan, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) sekali lagi hadir dengan bantuan kewangan kepada PKS Mikro melalui GKP 3.0 iaitu bayaran secara one-off berjumlah RM1,000.

Gerak Khas Prihatin Tambahan (GKP 3.0) adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan menerima bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 serta permohonan baru. Ianya bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Penerima Yang Layak Bantuan GKP 3.0

Bantuan one-off bernilah RM1,000 melalui program GKP 3.0 adalah untuk penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 serta yang lulus permohonan baru GKP 3.0.

BACA : Cara Buat Permohonan Rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP)

Bagi permohonan baru, mereka perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  • Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia
  • Pemohon yang menjalankan PKS mikro seperti:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dan
    • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik dan
  • Berdaftar dengan agensi-agensi berikut:
    • LHDNM sebelum atau pada 28 Februari 2021 atau
    • PBT atau SSM sebelum atau pada 28 Februari 2021 dan
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Buat Permohonan Baru GKP 3.0

Permohonan baru yang melibatkan yang bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0. Ini bermakna mereka akan menerima bantuan one-off secara automatik.

Maka bagi permohonan baru, pemohon boleh mula memohon bermula 1 April hingga 15 April 2021 (15 hari) melalui portal rasmi GKP atau klik pautan dibawah

MOHON GKP 3.0 DISINI/button

Pemohonan boleh menyemak keputusan permohonan mulai awal Jun 2021 melalui portal yang sama. Manakala tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bagi permohonan baru. Pembayaran akan dikreditkan ke akan bank pemohon yang telah didaftarkan. Akaun bank mestilah aktif. 

gkp 3.0 tambahan rm1000

Manakala bagi pembayaran untuk penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 dibuat mulai 24 mac 2021.

GKP 3.0: Ini Cara Memohon Bantuan One-Off RM1000 Untuk Permohonan Baru

GKP 3.0: Ini Cara Memohon Bantuan One-Off RM1000 Untuk Permohonan Baru

GKP 3.0: Ini Cara Memohon Bantuan One-Off RM1000 Untuk Permohonan Baru

Untuk maklumat lanjut, boleh ke portal rasmi GKP (gkp.hasil.gov.my)

2/Post a Comment/Comments

  1. Pasal GKP ni takde SMS langsung tiba-tiba dah masuk. Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... tengok2 masuk dalam bank untuk yang pernah terima sebelum ni. yg baru je la kena mohon

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post