Kadar Zakat Fitrah Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia Tahun 2024

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Untuk Tahun 2021

Kadar Zakat Fitrah untuk tahun 2024 bersamaan 1445 Hijrah telah dikeluarkan bagi seluruh negeri selepas ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Ramadan kini telah tiba dan salah satu kewajipan setiap umat Islam dalam bulan yang mulia ini adalah menunaikan Zakat Fitrah. Berapa jumlah zakat fitrah yang perlu dibayar?

Zakat Fitrah wajib ke atas setiap individu muslim seperti Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:

Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin. (HR Bukhari)

Hukum Zakat Fitrah

Hukum Zakat Fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib iaitu : 

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

BACA : Kadar Zakat Fitrah Di Pahang Untuk Tahun 2021 Kekal RM7. Ini 3 Kaedah Bayaran Ditetapkan

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2024

Jadi setiap negeri, kadar Zakat Fitrah telah dikeluarkan oleh pihak MAIN sendiri. Berapa kadar zakat fitrah negeri sembilan tahun 2024, berapa zakat fitrah kelantan, berapa zakat fitrah KL dan sebagainya boleh tengok senarai dibawah.

Selain daripada bayaran yang dibuat kepada Amil lantikan, orang ramai boleh juga bayar secara online mengikut tatacara pusat zakat masing-masing. Boleh guna zakatpenang2u, zakatkedah.com.my, aplikasi Pahang Go, Ezakat Muip, GoPayz, Maybank2u, Shopee, SnapNPay dan sebagainya

Negeri Kadar Kaedah Bayaran
Johor RM7 / RM12 / RM20 1. Amil
2. epayment maij
3. onlinepayment johor
4. SnapNPay
Kedah RM7 / RM14.50 / RM22 1. Amil
2. jom.zakatkedah.com.my
Kelantan RM7/ RM14 / RM21 1. Kaunter Baitulmal
2. www.e-maik.my
3. JomPay
Melaka RM7 / RM14 / RM21 1. Amil
2. ebayar.melaka.gov.my
Negeri Sembilan RM7 / RM12.50 / RM22 1. Amil
2. www.zakatns2u.biz/fitrah  
Pahang RM7 / RM14 / RM21 1. Amil
2. ezakat.muip.gov.my
3. Aplikasi PahangGo
Perak RM8 / RM16 / RM24 1. Amil
2. ezakat.maiamp.gov.my
3. GoPayz
4. Shopee
5. Maybank2u
6. SnapNPay
Perlis RM7 / RM10 1. Amil
2. www.maips.gov.my/pwa/fpx
Pulau Pinang RM7/ RM14 / RM21 1. Amil
2. zakatpenang2u.com
Sabah RM7.50 1. Amil
2. appszakat.sabah.gov.my
Sarawak RM7.50 1. Amil
2. pelanggan.tbs.org.my
Selangor RM7 / RM14 / RM21 1. Amil
2. Zakat Selangor
Terengganu RM10 / RM22 1. Amil
2. Kaunter Zakat MAIDAM
Wilayah Persekutuan
(KL, Labuan, Putrajaya)
RM7 / RM15 / RM22 1. Amil
2. ePay MAIWP
3. SnapNPay
4. eWallet Boost
5. JomPay
6. fitrah zakat

Anda boleh bayar melalui Amil yang dilantik. Selain itu, anda juga boleh bayar secara online menerusi platform yang disediakan oleh pihak Majlis Agama di setiap negeri.

Salam Ramadan

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post