Antara Kedai Serbaneka Terkenal Di Malaysia (Eco Shop, Mr DIY, Muji, Daiso) Kini Sudah Ada Di Shopee

Antara Kedai Serbaneka Terkenal Di Malaysia (Eco Shop, Mr DIY, Muji, Daiso) Kini Sudah Ada Di Shopee

Selain kedai fizikal di luar sana, kini sudah banyak kedai serbaneka yang terkenal di Malaysia seperti Eco Shop, Mr DIY, Muji, Daiso dan lain-lain sudah ada di platform Shopee. Ini pastinya lebih memudahkan anda untuk shopping la.

Di Malaysia sebenarnya terdapat pelbagai jenis kedai serbaneka yang pada asasnya menjual pelbagai jenis barangan dalam satu kedai. Ada kedai barangan keluaran tempatan dan ada juga barangan khusus yang dibawa dari luar negara seperti Jepun, Korea, China dan lain-lain.

Siapa je tak pernah masuk kedai Eco Shop atau lebih dikenali kedai 2 ringgit (RM2.00) suatu ketika dulu. Sebab kini dah jadi kedai RM2.10 dah. Semua barang yang ada dalam kedai tersebut harganya RM2.10. Mana tak naik hantu nak shopping situ kan. Lebih menarik lagi, kedai Eco Shop pun sekarang dah boleh beli online iaitu melalui Shopee.

BACA : Senarai Lokasi Eco Shop (Kedai 2 Ringgit) Di Seluruh Negeri Pahang

Selain Eco Shop banyak lagi la kedai-kedai serbaneka yang anda biasa pergi di luar sana kini sudah bertapak di halaman Shopee. Jadi lepas ni, tak perlu la susah-susah keluar ke kedai, sebab anda dah boleh shopping di kedai kesukaan anda tersebut secara online.

Senarai Kedai Serbaneka Yang Sudah Berada Di Shopee

Dengan adanya akses daripada Shopee ini, kedai yang tiada di kawasan anda tu pun sudah boleh beli barangan mereka. Kesemua online shop ini adalah jenis Shopee Mall di Shopee. Berikut merupakan senarai 8 kedai serbaneka yang sudah bertapak di Shopee:

#1.  Eco Shop (Kedai RM2.10)

eco shop shopee

Eco Shop/button

Inilah orang gelar kedai saka, kedai berhantu. Kalau dah masuk, susah cari jalan keluar. Kalau nak beli 1 je, keluar dengan pelbagai barang. Jika di kedai fizikal mereka menjual semua barang dengan harga RM2.10 dan di kedai online Shopee mereka pun masih mengekalkan harga RM2.10 juga. Kalau beli mungkin tambah postage sahaja.

Dalam Eco Shop ni, semua jenis kategori barang pun ada. Ada barangan mandi, pingan mangkuk,alatan dapur, alat tulis, aksesori kereta, tuala, makanan dan minuman pun ada dijual disini. Jadi untuk di shopee, anda boleh pergi ke Eco Shop Malaysia untuk shopping.

#2.  Mr DIY

mr diy shopee

MR DIY/button

Pada asasnya, kedai Mr DIY ini menjual barangan hardware tetapi lama kelamaan mereka kini sudah menjadi seperti convenience store dimana pelbagai barangan mereka sediakan. Selain daripada hardware dengan jenama mereka sendiri, Mr DIY, mereka ada jual aksesori kereta, barangan kecil-kecil di rumah, rak buku, alat elektrik, aksesesori telefon dan makanan pun ada.

Tapi di Shopee mungkin jumlah barangan sedikit terhad terutamanya bagi barangan besar. Jadi jangan lupa singgah kedai MR DIY di Shopee.

#3.  Muji

muji shopee

Muji Official Store/button

Jika di kawasan rumah anda tiada Muji Store, jangan risau. Ini kerana Muji sudah ada di Shopee dan anda boleh shopping terus dihujung jari anda sahaja. Kedai serbaneka yang menjual barangan 'tanpa jenama' yang dibawa khas daripada Jepun. Jadi barangannya minimalist, simple dan nampak cantik.

Jadi melalui Muji Official Store di Shopee, mereka ada menjual pakaian, aksesori, bag dan kasut, perkakas rumah, alat tulis, barangan kesihatan dan kecantikan dan banyak lagi. Rambang mata la shopping disini. Semua orang boleh shopping di Muji sekarang

#4.  Daiso

Daiso shopee

Daiso Japan/button

Daiso tidak kurang hebatnya. Antara barangan Jepun yang dibawa terus dan dijual disini. Packaging pun dalam bahasa Jepun kalau beli barang di Daiso ni. Sebenarnya jika Daiso di Jepun menjual semua barang dengan harga 100 Yen dan bila bawa di Malaysia kesemua barang yang dijual di kedai Daiso pula berharga RM5.90.

Jangan risau, di Daiso Japan di Shopee juga mereka masih mengekalkan harga yang sama iaitu RM5.90 untuk semua barang. Anda bolehlah dapatkan barangan unik dan comel yang hanya dijual disini sahaja.

#5.  Yubiso

yubiso shopee

Yubiso Official Store/button

Secara asasnya, Yubiso juga menyediakan barangan serbaneka seperti Daiso tetapi barangannya datang dari pelbagai negara termasuk Jepun. Jadi pastinya, barangannya nampak minimalist, simple dan cute. Tetapi harga berbeza-beza mengikut kategori. 

Ada jual barangan peribadi, barangan mandi, buku nota, skin care, mainan dan banyak lagi. Boleh tengok di Yubiso Official Store Shopee.

#6.  Miniso

miniso shopee

Miniso Malaysia Store/button

Miniso kita juga biasa nampak di shopping mall bersama-sama Daiso dan Yubiso. Juga menjual pelbagai barangan keperluan harian. Barangannya juga simple dan cute. Tapi di Shopee ini, ada menjual tudung juga tau.

Selain itu, ada jual minyak wangi, barang permainan, alatan keperluan sekolah dan banyak lagi. Untuk info lanjut dan nak tengok senarai barang yang dijual di Shopee, boleh pergi ke Miniso Malaysia Offcial.

#7.  Hinode Shop

Hinode Shop shopee

Hinode Shop/button

Hinode Shop juga biasanya hanya ada di dalam Shopping Mall. Jadi jika tempat anda tiada kedai ini, anda masih lagi boleh membeli dengan melalui online shopping di Shopee. Kedai ni biasanya 1 lot, kecil sahaja. Ianya lebih fokus kepada menjual barangan cenderahati. Tetapi ada juga jual alat tulis, minyak wangi, pakaian dan banyak lagi. Boleh tengok senarai penuh di HINODE SHOP.

#8.  Komonoya

Komonoya shopee

Komonoya/button

Senarai terakhir kedai serbaneka terkenal yang sudah ada di platform Shopee adalah Komonoya. Cawangan ini sedikit kurang berbanding jenama lain seperti diatas. Tetapi ianya unik, kerana sebelum masuk kedai pun, kita seolah-olah sudah sampai di Jepun kerana pintu gerbangnya dengan tema Jepun.

Barang yang dijual sama seperti kedai serbaneka yang lain seperti mainan, alat tulis, barangan dapu, luggage, aksesori pakaian dan ramai lagi. Tetapi ianya sama dengan Daiso tau, kerana semua barang yang dijual juga berharga RM5.90. Boleh tengok juga senarai penuh barang yang dijual di Komonoya.

komonoya shopee

Jadi itulah antara kedai serbaneka yang terkenal yang ada di Malaysia kini sudah ada di platform Shopee. Diharap selepas ini, lebih banyak lagi ada di Shopee supaya lebih mudah nak shopping tanpa perlu keluar. Harap Kaison la lepas ni bawa masuk ke Shopee pula.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post