Tonton Drama Kisah Cinta Rumi Di TV3 (Slot Lestary) Dan WeTV Malaysia

Drama Kisah Cinta Rumi Di TV3 (Slot Lestary) Dan WeTV Malaysia

Drama terbaru bagi slot Lestary, Kisah Cinta Rumi akan menemui penoton pada 24 April 2021 di TV3. Selain itu, korang juga boleh tonton secara online di aplikasi WeTV Malaysia. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Covid Oh Covid sebelum ini.

Nak tengok bagaimana lakonan kisah percintaan antara penyanyi Khai Bahar dan penyampai radio Hot FM, Riena Diana, korang boleh tengok dalam drama Kisah Cinta Rumi ini. Yang mengisahkan kisah cinta antara pasangan berbeza status sosial.

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 dan aplikasi WeTV Malaysia
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Nieza Nahar dan Azmy Ariff
Idea Asal : Raja Azidah Raja Jaafar
Produksi : Creative Skill Solution
Pelakon : Khai Bahar, Riena Diana, Alif Muhaimin, Khairil Anwar, Dynas Mokhtar, Noniswara, Sharifah Rose, Hariz Hamdan, Cahaya Nilam, Gen Darwish dan ramai lagi

  • Khai Bahar sebagai Mika
  • Riena Diana sebagai Runi
  • Sharifah Rose sebagai Zahra
  • Khairil Anwar sebagai Mahmud
  • Hariz Hamdan sebagai Zafril
  • Dynas Mokhtar sebagai Haniza
  • Cahaya Nilam as Raihana 
  • Gen Darwish sebagai Addin

    Drama Kisah Cinta Rumi Di TV3 (Slot Lestary) Dan WeTV Malaysia

OST Drama

Lagu : Hilang Gelita
Penyanyi : Khai Bahar
Komposer : Khai Bahar
Lirik : Rozisangdewi

Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi

Kisah Cinta Rumi mengisahkan Mika yang telah dibesarkan di Chow Kit yang mana sering menghabiskan masa di jalanan dan berkawan dengan budak-budak nakal.

Mika juga telah diajar oleh ayahnya, Mahmud untuk mencari rezeki untuk keluarga untuk dapatkan pendapatan walau apa jua cara sekali pun walaupun peroleh dengan lakukan kegiatan haram.

Manakala, Runisa atau Runi, seorang gadis baik berumur 23 yang sering tidak sefahaman dan tidak setuju dengan ibu serta kakaknya yang sangat pentingkan status dan kedudukan.

Drama Kisah Cinta Rumi Di TV3 (Slot Lestary) Dan WeTV Malaysia

Pada satu hari, satu pertemuan yang tidak disangka telah menemukan antara Mika dan Runisa yang telah mula timbul bibit-bibit cinta bagi keduanya. 

Akan tetapi ibunya, Puan Haniza tidak bersetuju dan terima dengan ikatan tersebut dan berusaha untuk memisahkan mereka berdua.

Drama Kisah Cinta Rumi Di TV3 (Slot Lestary) Dan WeTV Malaysia

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Apa yang terjadi kepada ikatan cinta antara Mika dan Runi selepas itu? Saksikan episode penuh

Waktu Siaran

Drama Kisah Cinta Rumi akan bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam melalui slot Lestary di TV3.

Anda juga boleh saksikan melalui aplikasi WeTV Malaysia atau di website www.wetv.vip sejurus selepas habis tayangan di TV iaitu pada pukul 10 malam. Jangan lupa langgan WeTV untuk dapatkan lebih banyak kandungan drama melayu tempatan.

Tonton Full Episod Drama Kisah Cinta Rumi

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 (Akhir)


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post