Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Timbang Berat Badan Dan Kenapa?

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Timbang Berat Badan Dan Kenapa?

Jika anda ingin tahu, berat badan anda naik, turun atau maintain, masa yang paling sesuai untuk anda timbang berat badan adalah masa yang sama anda timbang sebelum ini. Jadi untuk pantau berat anda, kena konsisten.

Berat badan kita naik turun dalam sehari. Takkan anda nak buat perbandingan berat badan anda ketika bangun pagi dan waktu makan tengah hari pada hari semalam. Pastinya perbandingan yang tidak tepat.

Waktu Pagi Adalah Terbaik Dan Mestilah Konsisten

Rasanya orang ramai lebih cakna dengan berat badan ketika berpuasa atau diet. Seperti contoh dibulan Ramadan, masa paling sesuai untuk memantau berat badan kerana berpuasa seharian tanpa makan dan minum.

[BACA] : 5 Alternatif Aplikasi Waktu Solat Selain Muslim Pro Untuk Tahun 2021

Adakah pada masa ini, ambilan makanan lebih banyak atau sebaliknya. Adakah ada penurunan berat badan sepanjang berpuasa?

Waktu Pagi Adalah Terbaik Dan Mestilah Konsisten

Menurut healthline, jika anda ingin pilih masa atau waktu yang sesuai untuk timbang berat badan anda, anda boleh buat pada waktu pagi iaitu selepas anda buang air kecil. 

Ini kerana, pada waktu pagi anda belum lagi mengambil apa-apa makanan atau melakukan apa-apa aktiviti seperti senaman, jogging dan sebagainya. Oleh itu, pada waktu ini selepas bangun tidur, faktor seperti senaman atau ambilan makanan hari sebelumnya tidak akan memberikan kesan ketara kepada berat badan.

Gunakan Penimbang Berat Yang Betul

Selain daripada waktu yang sesuai, untuk dapatkan bacaan berat badan yang tepat mestilah ada penimbang yang baik.

Jika sudah ada sebuah penimbang, anda perlu juga tahu bagaimana menggunakannya dengan betul supaya tiada perbezaan ketara ketika anda ambil bacaan berat badan setiap hari.

Sebagai contoh, anda perlu letakkan penimbang berat di atas lantai yang keras, mendatar dan jangan timbang di atas karpet atau lantai yang tidak sekata. Ini akan memberi kesan pada bacaan berat badan.

Paling senang, sebelum menggunakan pemberat, pastikan jarum atau bacaan tepat pada 0 kg tanpa ada pergerakan daripada bacaan tersebut. Paling mudah, adalah melalui penimbang digital.

Sebagai contoh, dipasaran sekarang syarikat Xiomi ada keluarkan 2 jenis smart scale yang boleh timbang berat badan dengan tepat dan ada beberapa fungsi menarik lain lagi. 

Xiaomi Weight Scale 2

Pada Xiaomi Weight Scale 2, ianya akan memberikan bacaan yang tepat kerana mempunyai High Precision Sensor. Selain itu, anda boleh pantau naik turun berat menggunakan aplikasi Mi Fit setiap hari. Semua akan disimpan dan pengiraan BMI juga boleh dibuat.

[BACA] : Review Jam Pintar Amazfit Bip

Tidak cukup dengan itu, dengan dual mod penimbang yang ada, selain boleh timbang manusia, ianya juga timbang objek seperti buah-buahn, bungkusan, dan pelbagai lagi. Design juga cantik. Jika berminat, anda boleh dapatkan di shopping link dibawah

▶️ Shopping Link [Shopee] [Lazada]

Xiaomi Weight Scale 2

Xiaomi Composition Scale 2

Penimbang pintar yang kedua adalah Xiaomi Composition Scale 2. Smart scale ini mempunyai lebih banyak ciri daripada weight scale 2. Selain daripada timbang berat badan, ianya mampu memberi bacaan BMI, peratus lemak badan, berat otot, kadar lembapan, kadar protin, berat tulang, umur badan dan sebagainya.

Ini kerana ianya dikuasakan dengan cip BIA dan juga sensor G-shaped. Selain itu, ianya ada fungsi Ujian Keseimbangan (Balance Test). Anda hanya perlu berdiri di atas penimbang dengan satu kaki dan pejam mata. Hebat kan.

▶️ Shopping Link [Shopee] [Lazada]

Xiaomi Composition Scale 2

Elak Timbang Berat Badan Di tempat Lain

Jadi jika anda sudah mempunyai sebuah penimbang berat, sebaiknya gunakan penimbang yang sama setiap kali anda timbang berat badan. Jangan timbang di tempat lain.

Jika penimbang anda tidak tepat pun, jika anda menggunakan penimbang yang sama. "Consistency" itu dapat dicapai. Jika anda menggunakan penimbang berat yang lain, mungkin ada peruabahan pada alat tersebut, sudah jadi tidak konsisten.

Penting untuk anda tahun, alatan mungkin tidak tepat dalam mengukur bacaan berat badan. Tapi konsisten itu adalah kunci.

Timbang Berat Dalam Keadaan Yang Sama

Untuk lebih tepat, timbang berat badan anda dalam keadaan yang sama setiap kali anda mula ambil bacaan. Paling mudah, ambil bacaan dengan tidak mengenakan apa-apa pakaian, kerana pakaian juga mempunyai berat.

Akan tetapi jika anda menggunakan pakaian atau kasut ketika timbang berat badan, cuba pastikan anda menggunakan pakaian atau kasut yang sama setiap kali ambil bacaan. Consisten is the key.

Timbang Berat Dalam Keadaan Yang Sama

Kebiasaanya, berat anda akan naik selepas makan. Anda akan hilang berat badan selepas aktiviti senaman dimana air akan hilang melalui peluh. Jadi sebab itulah, waktu pagi adalah masa yang paling sesuai untuk anda timbang berat badan iaitu sebelum makan dan lakukan senaman.

Anda perlu ingat 3 perkara, timbang berat badan pada masa waktu yang sama (pagi adalah paling terbaik selepas buang air kecil), menggunakan alat penimbang yang berkualiti dengan cara yang betul dan menggunakan penimbang yang sama sahaja.

Harap ianya membantu...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post