Tonton Drama Cukup Derita Itu Musim Ke-2 Di Slot Samarinda TV3

Drama Cukup Derita Itu Di Slot Samarinda TV3

Nampaknya karya Siti Rosmizah sudah masuk slot Samarinda melalui drama Cukup Derita itu yang akan mula disiarkan di TV3 pada 6 Mei 2021. Anda juga boleh tonton secara online melalui aplikasi iQIYI Malaysia.

Drama Cukup Derita Itu 2 merupakan kesinambungan daripada musim pertama yang mula bersiaran pada 15 November 2021 di hari dan waktu yang sama

BACA : Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Drama ini merupakan adaptasi novel 'Cukup Derita Itu' karya Siti Rosmizah yang diterbitkan pada tahun 2014 yang lalu melalui SR Publication. Novel ini juga merupakan antara novel terbaik daripada karya beliau disamping novel-novel lain juga.

Kini cerita novel beliau sekali lagi diangkat ke layar perak bagi tontonan televisyen drama Malaysia untuk tahun 2021 yang diarahkan oleh pengarah Along Kamaludin. 

Episod : 40
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan iQIYI Malaysia
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Siti Rosmizah, Falriqz Naail dan Zuyyin
Penerbit : Siti Rosmizah
Produksi : SR One Sdn. Bhd.
Pelakon : Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong dan dibantu oleh Jasmin Hamid, Didie Alias, Lia Natalia, Dian P. Ramlee, Rosnah Johari, Farhan Asri dan ramai lagi.

  • Hisyam Hamid sebagai ELLANI
  • Ruhainies sebagai ZARUL ZAFRAN
  • Chacha Maembong sebagai ELLANA
  • Jasmin Hamid sebagai MAKNGAH GAYAH
  • Didie Alias sebagai MAK YEK
  • Dian P Ramlee sebagai MAK LONG
  • Farhan Asri sebagai AMIRUL

Drama Cukup Derita Itu Di Slot Samarinda TV3

OST Drama

Lagu : Cukup Derita Itu
Penyanyi : Siti Nordiana

Lagu : Pergilah Derita
Penyanyi : Asfan Shah & Lia Aziz

Sinopsis Drama Cukup Derita Itu

Drama Cukup Derita Itu menceritakan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara.

Walaupun dibesarkan oleh ibu saudaranya Mak Ngah Gayah, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba.

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran (Hisyam Hamid) seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan.

Drama Cukup Derita Itu Di Slot Samarinda TV3

Drama Cukup Derita Itu Di Slot Samarinda TV3

Zarul tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula. Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya.

Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui. Dendam Makngah dan pasangan kembarnya, Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan cintakan semula Ellana hingga sanggup menceraikannya. Dia diceraikan hanya melalui sms.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?

Drama Cukup Derita Itu Di Slot Samarinda TV3

Waktu Siaran

Kepada peminat drama melayu khususnya drama Cukup Derita Itu, jangan lupa saksikan drama ini setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di slot Samarinda TV3 mulai 6 Mei ini.

Jangan lupa untuk terus menonton Cukup Derita Itu 2 setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam di slot samarinda TV3 dan iQIYI bermula 15 November ini.

Anda juga boleh tonton secara online di iQIYI. Untuk pengguna VIP, anda mempunyai akses untuk tonton pada 11 malam pada hari yang sama. Selepas 24 jam, orang ramai pula boleh tonton secara percuma. Tonton di aplikasi iQIYI Malaysia atau di laman web www.iq.com.

Tonton Semua Episod Drama Cukup Derita 2 Itu

TONTON DISINI/preview/button

2/Post a Comment/Comments

  1. tak minat cerita sedih sedih sangat ni.... stress tengok

    ReplyDelete
  2. kalau sedih sangat, tak nak tengok. stress nnt

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post