Tonton Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard Di TV3 (Slot Lestary)

Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard Di TV3 (Slot Lestary)

Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard akan menggantikan drama Kisah Cinta Rumi yang akan mula bersiaran pada 15 Mei 2021 melalui slot Lestary di TV3. Sebuah drama percintaan percintaan antara anak bos dengan bekas pekerja bos.

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Kekasih Hati Mr. Bodyguard' karya Ateen Khalid yang telah diterbitkan pada tahun 2021. Menjadi antara best seller, kini drama ini di angkat ke kaca tv bagi drama siri tempatan untuk tahun 2021.

Drama ini menampilkan gandingan terbaru daripada Redza Rosli dan seorang instafemous yang kini sudah ceburi dalam lakonan iaitu Sharifah Rose Sabrina. Ini merupakan drama keduanya selepas Kisah Cinta Rumi sebagai pelakon pembantu sebelum ini. Kali ini beliau tampil bagi memegang watak utama dalam drama ini.

Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard Di TV3 (Slot Lestary)

Episod : 20
Tayangan : Slot Lestary TV3
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Nieza Zahar dan Hayati Ahmad
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.
Pelakon : Redza Rosli, Sharifah Rose dan Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Lana Nordin, Shasha Abedul, Ikhwan Khairudin, Ezzanie Jasny, Sara Jasmin, Munir, Karl, Aishah Atan dan ramai lagi

  • Sharifah Rose Berlakon Sebagai Hana Aralyn
  • Redza Rosli Berlakon Sebagai Hadif Akashah
  • Ungku Hariz Berlakon Sebagai Naim
  • Fadlan Hazim Berlakon Sebagai Farel Rizhan
  • Lisdawati Berlakon Sebagai Puan Latifah
  • Shasha Abedul Berlakon Sebagai Najwa
  • Ikhwan Khairudin Berlakon Sebagai Idlan
  • Putera Karl Berlakon Sebagai Umar
  • Ezzanie Jasny Berlakon Sebagai Lola
  • Munir Berlakon Sebagai Nizam

OST Drama

Lagu : Nafas Cintai
Penyanyi : Khai Bahar dan Aina Abdul

Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard

Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard mengisahkan Hana Aralyn yang menjejaki Hadif Akashah iaitu seorang bekas pengawal peribadi untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya, Datuk Yusof kepadanya untuk mencari pendrive.

Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang.

Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard Di TV3 (Slot Lestary)

Sepanjang kisah tersebut, lama-kelamaan mereka berdua telah menaruh hati antara sama slain dan mula timbul rasa cinta. Jadi apakah terjadi seterusnya?

Waktu Siaran

Untuk peminat drama melayu tempatan, jangan lupa saksikan drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard yang bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3 mulai 15 Mei ini. Anda juga boleh saksikan secara online di Xtra/LiveTV.

Drama ini akan disiarkan secara online melalui platform https://www.aimanabdullah.com/2021/06/cara-langgan-disney-plus-hotstar-malaysia.html bermula 1 Jun ini.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post