Sempena Ulang Tahun Pertama Maybank Shopee Credit Card. Shopee Tawarkan Baucer RM315 Untuk Pendaftaran Baru

Sempena Ulang Tahun Pertama Maybank Shopee Credit Card. Shopee Tawarkan Baucer RM315 Untuk Pendaftaran Baru

Sebab aku dah terpengaruh dengan tawaran baucer RM315 sempena ulang tahun pertama Maybank Shopee Credit Card daripada Shopee, aku daftar juga kad kredit tersebut sekali gus menjadi kad kredit pertama aku.

Sebenarnya takda lah terpengaruh sebab aku memang tengah cari sebuah kad kredit untuk aku gunakan bagi perbelanjaan harian. Tujuan asal aku nak ada credit card adalah untuk bina Credit Score yang mana akan memudahkan aku untuk buat loan pada masa akan datang. Itu sahaja!

Dalam masa yang sama pula, ternampak iklan Shopee tentang Maybank Shopee Credit Card yang menyambut ulang tahun pertama dimana menawarkan pelbagai tawaran termasuklah baucer RM315 dan Maybank juga ada menawarkan Nintend Switch bagi pendaftara kad kredit Maybank bagi pengguna baru. That's right time right?

Tawaran Keistimewaa Kad Kredit Maybank Shopee Untuk Pengguna Baru

Pelbagai tawaran yang diumumkan oleh Shopee sempena ulang tahun pertama Maybank Shopee Credit Card ni. Yang paling utama adalah sempena sale 7.7 yang akan datang. Antaranya dengan setiap permohonan baru, anda akan menerima baucer Shopee RM315 dan peroleh 5000 coin sebagai hadiah selamat datang. Tawaran ini hanya dibuka bermula 18 Jun hingga 7 Julai 2021 sahaja.

Sempena Ulang Tahun Pertama Maybank Shopee Credit Card

Selain itu, perbelanjaan tertinggi akan ditawarkan pelbagai hadiah menarik seperti foldable bike, Nintendo Switch, Robor Vacuum, iPhone 12, Smartwatch, Shopee Voucher dan banyak lagi. 

Jika tawaran ulang tahun ini tiada pun, Maybank Shopee Credit Card akan memberi 5x coins untuk hari istimewa atau 2x coins setiap hari bagi setiap perbelanjaan. Selain itu, tiada caj tahunan dan pastinya tawaran diskaun setiap bulan daripada Shopee Mall terpilih.

Cara Memohon Maybank Shopee Credit Card

Untuk memohon kad kredit ini ada 2 cara iaitu melalui Maybank sendiri di pautan Maybank Credit Card dan juga menerusi Shopee yang sekali gus memberikan tawaran istimewa diatas.

Jadi untuk dapatkan tawaran istimewa Ulang Tahun Pertama Maybank Shopee Credit Card ini, anda perlu mohon menerusi Shopee. Ikuti langkah mudah dibawah:

Langkah 1 : Pergi ke Shopee atau klik 1st Year Anniversary Maybank Shopee Credit Card disini dan klik "Apply Now"

Langkah 2 : Kemudian buat pembelian kad dengan harga RM1. Bayaran tersebut akan ditukarkan kepada Shopee Voucher yang anda boleh gunakan semula selepas ini. Jadi sebenarnya, permohonan ini adalah PERCUMA

Langkah 3 : Pergi bahagian Notifications > Shopee Updates dan klik pada logo Maybank

Langkah 4 : Kemudian klik pada Start Application dan anda akan dibawa ke website Maybank2u

Langkah 5 : Isikan borang yang disediakan dengan butiran peribadi serta muat-naik dokumen yang diperlukan dan tekan "Submit"

Cara Memohon Maybank Shopee Credit Card

Akhir sekali, sekiranya permohonan berjaya, pihak Maybank akan hantar kad kredit tersebut terus ke rumah anda melalui pos. Macam aku dapat dalam 3 hari sahaja menggunakan CityLink. 

Cara Aktifkan Maybank Shopee Credit Card

Sebelum anda boleh menggunakan kad kredit tersebut, anda perlu aktifkan terlebih dahulu. Anda boleh aktifkan dengan mudah secara online sahaja iaitu menerusi akaun Maybank2u sahaja. Caranya :

Langkah 1 : Login ke akaun maybank2u di www.maybank2u.com.my dan pada bahagian My Accounts, klik "Cards"

Langkah 2 : Kemudian pilih Maybank Shopee Visa Platinum Card dan klik "Activate Card"

Langkah 3 : Masukkan expiry year yang tertulis pada kad, tandakan pada 'I hereby agree..' dan klik "Activate"

Langkah 4 : Jika sudah berjaya, tetapkan pula nombor PIN dengan klik pada "Set Now"

Langkah 5 : Masukkan nombor 6-pin dan ikuti arahan sehingga selesai. Setel!

Cara Aktifkan Maybank Shopee Credit Card

Harap ini membantu kepada mereka yang nak cari kad kredit bersama benefit Shopee padanya. Macam aku bagi tahu, aku buat kad kredit untuk bina Credit Score dan juga peroleh benefit setiap kali berbelanja di Shopee.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post