Ingatkan Dah Setel Di Mukim! Rupanya Taman Temerloh Jaya Pulak Dilaksanakan PKPD Bermula 12 Jun Ini

Taman Temerloh Jaya Pulak Dilaksanakan PKPD Bermula 12 Jun Ini

Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan hari ini dimana 3 taman perumahan di Temerloh, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berkuatkuasa 12 Jun sehingga 25 Jun 2021.

Baru semalam, Kerajaan mengumumkan 2 mukim dalam daerah Temerloh ditamatkan PKPD mengikut jadual iaitu pada 10 Jun 2021 (jam 11.59 malam). Rupanya ianya tidak berhenti disitu, ini kerana masih ada lagi kawasan yang mencatatkan kes positif yang masih tinggi dalam mukim tersebut iaitu melibatkan 3 taman perumahan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di 3 taman perumahan dalam daerah Temerloh, Pahang iaitu melibatkan :

  • Taman Temerloh Jaya
  • Taman Temerloh Jaya Indah
  • Taman Temerloh Makmur

Setakat ini, KKM telah merokodkan 38 kes secara keseluruhan iaitu 24 kes di Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah (6 kes) dan Taman Temerloh Makmur (8 kes) hasil daripada 407 ujian saringan dijalankan di ketiga-tiga lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD Bermula 12 Jun 2021

Jadi hasil penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KM, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 3 taman perumaha ini.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan dan tidak menjangkiti komuniti di luar.

Aku salah seorang penduduk yang berada dalam Taman Temerloh Jaya dan terpaksa akur dengan arahan pihak kerajaan bagi pelaksanaan PKPD ini bermula 12 Jun akan datang. Jadi selepas ini kena duduk rumah je la.

Macam mana pula dengan SOP, adakah sama seperti PKPD sebelum ini?


sumber : MKN

1/Post a Comment/Comments

  1. perghh, semoga orang dekat kawasan PKPD dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post