Tonton Drama Cik Ayu Mee Sanggul Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Drama Cik Ayu Mee Sanggul Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Slot Megadrama diteruskan lagi dengan drama Cik Ayu Mee Sanggul yang akan mula ditayangkan pada 27 Julai 2021 di slot Megadrama Astro Ria. Ianya bakal menggantikan Drama Love Elsa.

Berbeza dengan drama sebelumnya, Cik Ayu Mee Sanggul merupakan sebuah naskah asal yang diilhamkan oleh Nieza Nahar juga sebagai penulis skrip bagi drama ini.

Drama bersiri ini menggangkat genre komedi romantik yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Dikala pandemik, duduk di rumah dan tontonlah drama terbaru Astro ini.

Judul : Cik Ayu Mee Sanggul
Episod : 16
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Penerbit : Dato Rosyam Nor & Datin Runika
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Drama Cik Ayu Mee Sanggul Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Pelakon Dan Watak

Dalam drama ini, Aqasha dan Amelia Henderson memegang dan teraju watak utama. Mereka dibantu oleh Aryan, Iman Zulkarnain, Shiqin Kamal, Fimie Don, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah dan ramai lagi.

Juga terdapat penampilan khas daripada penerbit sendiri, Dato Rosyam Nor, Dynas Mokhtar dan Cat Farish

  • Amelia Henderson sebagai CIK AYU
  • Aqasha sebagai AKHTAR
  • Aryan sebagai UWAIS
  • Iman Zulkarnain sebagai RIZMAN
  • Shiqin Kamal sebagai MASTURA
  • Fimie Don sebagai JOE
  • Asha Merican sebagai ICHA
  • Nabil Aqil sebagai AZMER
  • Aznah Hamid sebagai WAN AMINAH
  • Mahmud Ali Bashah sebagai RAZAK
  • Izzendra sebagai ZAZA
  • Natasha Hamzah sebagai WANAMILA
  • Cat Farish sebagai HAMZAH

Drama Cik Ayu Mee Sanggul Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul

Drama Cik Ayu Mee Sanggul berkisarkan tentang kisah kahwin paksa dan pengorbanan seorang janda muda Ayu yang mengahwini seorang lelaki bernama Akhtar tanpa ikatan cinta untuk menjadi ibu kepada Uwais, anak Akhtar yang menghidap Mayor Talasemia.

Setelah kematian suaminya Tuan Baharom, Ayu mewarisi semua harta suaminya. Dia ialah usahawan Mee Sanggul yang berjaya di Kuala Lumpur.

Kisah bermula apabila Ayu tidak sengaja terlanggar Uwais ketika memandu dan Akhtar yang baru pulang dari bekerja di pelantar minyak di Sarawak menyangka Ayu ialah seorang pisau cukur tanpa mengetahui bahawa Ayu adalah seorang janda yang mewarisi kekayaan Tuan Baharom.

Ketika mengetahui Uwais inginkan Ayu menjadi ibunya, Ayu mengorbankan dirinya dan memutuskan untuk melamar Akhtar walaupun ditentang oleh Akhtar sendiri.

Demi kesihatan Uwais, Akhtar sanggup berkahwin dan berpura-pura bahagia di hadapan anaknya.

Drama Cik Ayu Mee Sanggul Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Waktu Bersiaran

Seperti biasa bagi slot Megadrama, Cik Ayu Mee Sanggul akan bersiaran setiap isnin hingga khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria dan untuk episod pertama bermula pada 27 Julai ini.

Selain di tv, anda juga boleh saksikan menerusi Astro Go atau tontonan secara On Demand untuk waktu fleksibel. 

Tayangan Episod Cik Ayu Mee Sanggul

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post