Saksikan 8 Kisah Berbeza Daripada Drama Lockdown Di Astro Ria

Saksikan 8 Kisah Berbeza Daripada Drama Lockdown Di Astro Ria

Setiap individu di Malaysia sudah pastinya pernah merasai bagaimana kehidupan dikala Lockdown pada tahun 2020 yang lepas. Dari itulah, Astro kali ini membawakan beberapa kisah tentang realiti kehidupan ketika PKP di Astro Ria bermula 26 Jun 2021.

Drama mengandungi 8 kisah yang berbeza termasuklah barisan pelakon. Disebabkan itulah, katanya terdapat lebih 20 pelakon hebat-hebat dalam drama ini seperti Syafiq Kyle, Nabila Huda, Beto Kusyairy, Izzue Islam dan ramai lagi.

Drama ini bersiaran bagi menggantikan drama aksi sukan Ratu Ten Pin sebelum ini. Jadi daripada sukan, dan kali ini kita tonton pelbagai genre drama seperti konflik, kekeluargaan dan komedi pun ada.

Judul : Lockdown
Episod : 10
Tayangan : Astro Ria
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Skrip : Eirma Fatima (Idea Asal)
Produksi : U2 Media Sdn. Bhd.

Saksikan 8 Kisah Berbeza Daripada Drama Lockdown Di Astro Ria

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membarisi bagi drama ini ialah Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila huda, Fahrin Ahmad, Sara Ali, dan Izzue Islam. 

Selain itu, ada juga Kaka Azraff, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Jalil Hamid, Azizah Mahzan, Liza Abdullah, Balkisyh Semundur Khan serta ramai lagi.

Sinopsis Drama Lockdown

Seperti yang diberitahu pada awalnya, drama Lockdown secara asasnya berkisarkan realiti kehidupan masyarat ketika berlaku PKP dan terpaksa duduk dirumah dikala pandemik.

Daripada 8 kisah berbeza, antara adalah tentang seorang anak yang terpaksa menjaga ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer. 

Selain itu, ada cerita tentang pasangan yang terus berusaha bagi meneruskan perniagaan sepanjang PKP bagi meneruskan kehidupan.

Kisah komedi juga ada diceritakan dalam drama ini iaitu tentang satu pasangan yang baru berkahwin dan seterusnya terpaksa bekerja dari rumah.

Pasti banyak pengajaran yang boleh kita ambil dalam setiap kisah drama setiap minggu dalam Lockdown ini.

Saksikan 8 Kisah Berbeza Daripada Drama Lockdown Di Astro Ria

Waktu Siaran

Jangan lupa untuk terus berada di rumah dan melekat di depan tv bagi menonton drama Lockdown setiap hari isnin hingga khamis, jam 11.00 malam di Astro Ria.

Anda juga boleh tonton menerusi aplikasi Astro Go atau secara On Demand bagi menonton dalam waktu yang lebih fleksibel.

Tonton Episod Drama Lockdown

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post