Saluran Rasmi Untuk Tonton Sukan Olimpik Tokyo 2020

Saluran Rasmi Untuk Tonton Sukan Olimpik Tokyo 2020

Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan membuka tirai secara rasmi pada 23 Julai dan akan berlangsung sehingga 8 Ogos 2021. Dalam tempoh ini terdapat pelbagai saluran rasmi untuk anda menonton bagi semua acara sukan yang dipertandingkan.

Acara perasmian pembukaan akan berlangsung pada hari ini, 23 Julai seperti yang dijadualkan dan anda boleh saksikan secara langsung daripada beberapa saluran iaitu menerusi RTM, Astro dan juga Unifi TV sebagai penyiar rasmi.

BACA : Senarai Atlet Negara Di Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020

Saluran-saluran ini juga akan membawakan anda setiap acara yang dipertandingkan termasuk acara yang melibatkan kontijen Malaysia seramai 30 orang bagi 10 acara. Antara sukan terlibat seperti Badminton, Basikal Trek, Terjun, Memanah, Olahraga dan beberapa lagi.

Saluran Rasmi Tayangan Sukan Olimpik Tokyo 2020 Di Malaysia

Bagi rakyat Malaysia yang ingin menonton acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini, anda boleh pergi ke saluran-saluran berikut. Ini merupakan saluran rasmi dan tayangan adalah percuma dan anda secara langganan.

Saluran Rasmi Untuk Tonton Sukan Olimpik Tokyo 2020

Astro

Astro menyediakan 13 siaran khas Olimpik Tokyo 2021 iaitu 10 Astro Sport (CH758 - CH794) dan 3 di aplikasi Astro Go serta siaran 4K UHD (CH781). Bagi pengguna Sport Pek, anda akan menerima tonton secara komplimentari sepanjang temasya.

Selain itu, dibawah Astro anda boleh tonton menerusi aplikasi Sooka atau di website www.sooka.my dengan melanggan VIP+Sport.

Untuk pengguna NJOI pula, jika anda membeli pas Sport 2021, anda boleh tonton kesemua 13 siaran sukan Olimpik Tokyo 2021

Manakala untuk semua pelanggan Astro dan NJOI, anda boleh tonton secara percuma menerusi Astro Arena (CH801). Tetapi pastinya bukan semua acara akan disiarkan seperti pada siaran lain.

Unifi TV

Pihak TM juga akan bawakan siaran bagi acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan 13 siaran kesemuanya (Unifi Sport 1 - 13). Jadi untuk pengguna Unifi TV, anda boleh nikmati siaran ini secara percuma termasuk juga menerusi playtv@unifi bagi tonton secara mobile.

RTM

Akhir sekali bagi saluran rasmi Olimpik Tokyo 2020 ada daripada RTM. Ini pastinya boleh ditonton secara percuma untuk semua orang. Anda boleh saksikan beberapa acara menerusi TV2, TV Okey dan Sukan RTM di kaca TV atau secara online menerusi rtmklik.rtm.gov.my

Tapi jika anda rasa tak cukup, RTM bawakan lagi 5 siaran tambahan yang boleh ditonton secara online (CH1 - 5) di tokyo2020.rtm.gov.my juga secara percuma.

Acara Perasmian Pembukaan Olimpik Tokyo 2020

Acara Perasmian Pembukaan Olimpik Tokyo 2020

Acara perasmian pembukaan sukan Olimpik Tokyo 2020 akan bermula pada jam 7.00 malam waktu Malaysia pada hari ini, (23 Julai 2021) di saluran berikut:

  • TV2
  • TV Okey
  • Sukan RTM
  • Astro Ria (CH104)
  • Astro Arena (CH801)
  • Astro Supersport (CH785) & 4K UHD (CH781)
  • Astro Go
  • Unifi TV

Erti kata lain, semua platform la anda boleh tonton bagi acara perasmian pembukaan Olimpik Tokyo 2020 ni. Walaupun tiada kehadiran penonton, pasti meriah ini.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post