Drama The Hotel Di Astro Ria (Megadrama)

Drama The Hotel Di Astro Ria (Megadrama)

Slot Megadrama diteruskan lagi dengan sebuah drama siri terbaru tahun 2021 bertajuk 'The Hotel' yang menggantikan drama Hawa mula bersiaran pada 15 September 2021 di Astro Ria.

Drama ini buat pertama kali mengandingkan pelakon Mira Filzah bersama MK K-Clique sebagai watak utama dan ini juga buat pertama kalinya MK berlakon dan terus memegang watak penting dalam drama ini.

Idea asal ini datang daripada penerbitnya Michael Ang dan bukan adaptasi novel atau datang daripada mana-mana drama sebelum ini.

Judul : The Hotel
Episod : 42
Pengarah : Helmi Yusof
Penulis Skrip : Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan dan Michelle Yoon
Idea Asal : Michael Ang
Penerbit : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.

Drama The Hotel Di Astro Ria (Megadrama)

Barisan Pelakon & Watak

Drama The Hotel menampilkan watak utama daripada pelakon Mira Filzah, MK K-Clique dan Sean Lee. Mereka dibantu oleh Natasha Elyzza, Yasmin Hani, Datin Paduka Eina Azman, Farah Ahmad, Azhar Amir dan ramai lagi.

  • Mira Filzah sebagai Raisa
  • MK K-Clique sebagai Sean
  • Sean Lee sebagai Umar
  • Natasha Elyzza sebagai Umaira
  • Datin Paduka Eina Azman sebagai Julia
  • Yasmin Hani sebagai Maya
  • Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa

Drama The Hotel Di Astro Ria (Megadrama)

Sinopsis Drama The Hotel

Drama The Hotel mengisahkan tentang Raisa seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini.

Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata tanpa berfikir panjang sehingga dia mampu untuk membunuh.

Sean muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa. Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa. Tambahan pula, apa yang diceritakan oleh Sean sentiasa berubah-ubah.

Sean, si pembohong patologi, jatuh cinta dengan Raisa dan harus memutuskan dia setia kepada Raisa atau menyerahkannya sebelum dia bunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah

Drama The Hotel Di Astro Ria (Megadrama)

Waktu Bersiaran

The Hotel akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria bermula 15 September ini. Anda juga saksikan di Astro Go atau tonton secara On Demand untuk waktu lebih fleksibel.

Boleh juga tonton di aplikasi Sooka dengan melanggan dengan harga RM15.90 sebulan

3/Post a Comment/Comments

  1. jeles pulak tengok Mira Filzah makin macam budak-budak sekolah. Haha

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. haah baru perasan takda. Biasa ada je drama kt Astro tu.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post