Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) Antara Daerah. Pahang Kini Bertukar Ke Fasa 3 Bermula Jumaat

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) Antara Daerah. Pahang Kini Bertukar Ke Fasa 3 Bermula Jumaat

Seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri, Dato' Ismail Sabri sebelum ini, Pahang akan beralih daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 Pelan Pamulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 24 September 2021 bersamaan hari jumaat.

Dengan peralihan ini juga, Sekatan Jalan Raya (SJR) antara daerah di dalam negeri Pahang telah ditamatkan pada jam 12 tengah malam dan pergerakan antara daerah kini adalah di benarkan seperti yang diumumkan oleh Polis Pahang.

Walaubagaimanapun, rakyat Pahang terutamanya dinasihatkan untuk patuhi segala SOP yang telah ditetapkan supaya kes penularan tempatan terus dapat dikurangkan.

Dalam masa yang sama, terdapat 2 lagi negeri yang telah beralih fasa iaitu Negeri Sembilan daripada Fasa 3 kepada Fasa 4 dan Johor daripada Fasa 1 kepada Fasa 2. Kini hanya Kedah sahaja yang masih berada dalam Fasa 1 PPN.

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) Antara Daerah. Pahang Kini Bertukar Ke Fasa 3 Bermula Jumaat

Dengan peralihan ini, pastinya banyak kelonggaran yang diberikan khususnya bagi negeri Pahang yang sudah memasuki Fasa 3 selepas ini.

Dalam pada itu, Kerajaan turut mengumumkan bermula 23 September, operasi kedai runcit, restoren, stesen minyak dan kedai serbaneka diseragamkan iaitu bermula dari jam 6 pagi hingga 12 malam.

Spa, pusat kesihatan, urut kesihatan, zoo, akuarium, snorkeling, skuba, memancing dan taman rimba dibenarkan beroperasi kepada pengunjung yang lengkap divaksin berkuatkuasa 1 Oktober 2021.

Dan paling menarik sekali, YAB Perdana Menteri mengumumkan kebenaran rentas negeri akan dibenarkan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa yang diramalkan akan dicapai dalam bulan Oktober.

2/Post a Comment/Comments

  1. dengan tiada lagi SJR harap manusia2 ni masih pandai jaga SOP, jaga pergerakan. Jangan gembira tak tentu hala

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semoga Pahang akan segera ikut jejak Negeri Sembilan hiks!
    Hari ini adalah hari pertama NS beralih ke Fasa 4.
    Memandu pagi tadi sedikit stress hahahaa... traffic jam semula seperti sebelum PKP gittewww...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post