Senarai Channel Astro Yang Baru Bermula 15 September 2021

Senarai Channel Astro Yang Baru Bermula 15 September 2021

Astro hari ini telah mengumumkan pemberhentian beberapa siaran dan diganti dengan channel yang baru berkuat kuasa pada 15 Septmber 2021.

Pemberhentian atau penutupan siaran tersebut bukanlah atas kehendak pihak Astro sebaliknya daripada Disney sendiri. Ini kerana mereka ingin fokuskan kepada servis penstriman pula.

BACA : Senarai Nombor Channel Astro Yang Baru Bermula 1 April 2020

Antara siaran yang akan ditutup bermula 1 Oktober ini adalah FOX, FOX Life, FX, FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies, FOX Sports, FOX Sports 2, FOX Sports 3 dan Nat Geo People.

Akan tetapi bagi anda yang telah melanggan Disney+ Hotstar, anda boleh untuk terus menonton kandungan terpilih dariapda saluran FOX tersebut.

Dalam pada itu juga, untuk memberikan kandungan segmen English Entertainment, pihak Astro turut akan menutup 2 saluran iaitu Discovery Science dan siaran Hello juga berkuat kuasa pada 1 Oktober ini.

Senarai Channel Baru Astro

Jadi jika ada siaran diberhentikan, akan ada siaran yang menggantikannya. Siaran baru ini hanya melibatkan siaran di dalam Pek Family, Movies, Variety, Learning dan Sports sahaja.

Antara siaran baru yang diperkenalkan bermula 15 September ini adalah Paramount Network, Lifetime, HBO Family, HBO Hits, SHOWCASE MOVIES, PRIMEtime, BBC Lifetyle dan BBC Earth

Manakala untuk pek sukan melibatkan 3 siaran baru iaitu Astro Arena 2, Astro SuperSport 5 dan SPOTV yang mula dimainkan pada 1 Oktober 2021.

Untuk BBC Brit dan BBC First akan disiarkan secara On Demand kepada semua pengguna Astro bermula pertengahan Oktober.

Jadi dalam senarai siaran baru Astro ini hanya melibatkan segmen Movies, Sports, Learning, English Variety sahaja. Manakala segmen lain seperti Malay variety, Chinese, Indian, Kids dan sebagainya, siaran dan nombor siaran masih sama.

Movies

Channel No. Siaran
HITS Movies CH 401
BOO CH 404
HBO CH 411
CINEMAX CH 412
SHOWCASE MOVIES CH 413
HBO Family CH 414
HBO Hits CH 415
tvN Movies CH 416
FOX Movies* CH 417
FOX Family Movies* CH 418
FOX Action Movies* CH 419

Learning

Channel No. Siaran
Nat Geo Wild CH 550
National Geographic Channel CH 551
Discovery Channel CH 552
Discovery Asia CH 553
BBC Earth CH 554
HISTORY CH 555
Animal Planet CH 556
Discovery Science* CH 557

English Variety

Channel No. Siaran
AXN CH 701
Hello* CH 702
Lifetime CH 703
PRIMEtime CH 704
KIX CH 705
HITS CH 706
TLC CH 707
Food Network CH 708
Asian Food Network CH 709
Nat Geo People* CH 710
Warner TV CH 712
Paramount Network CH 713
Crime+ Investigation CH 714
HGTV CH 715
DMAX CH 716
BBC Lifestyle CH 717
MTV CH 718
Animax CH 719
FOXlife* CH 721
FOX* CH 722
FX* CH 723

Sports

Channel No. Siaran
eGG Network CH 800
Astro Arena CH 801
Astro Arena 2 CH 802
Astro SuperSport CH 811
Astro SuperSport 2 CH 812
Astro SuperSport 3 CH 813
Astro SuperSport 4 CH 814
Astro SuperSport 5 CH 815
SPOTV CH 816
FOX SPORTS* CH 815
FOX SPORTS 2* CH 816
FOX SPORTS 3* CH 817
beIN Spots CH 818
beIN Sports MAX CH 819
Eurosport CH 820
WWE CH 821
Golf Channel CH 822 HD
RugbyPass TV CH 823 HD
Astro Cricket CH 824 HD

Penambahan 3 siaran baru sukan ini boleh didapati tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.

Anda boleh dapatkan senarai penuh Siaran Baru Astro atau anda boleh whatsapp ke 03-95433838 dan taip NEW CHANNELS.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post