Anda admin Group Whatsapp? Baca ni...



Akhir bulan april yang lepas, Malaysia kecoh dengan kenytaan di mana 'Admin Whatsapp' boleh dipenjara. haa! nampak betapa bahayanya bila anda seorang admin kepada Group Whatsapp. Menurut Berita Harian, admin Whatsapp boleh dipenjara sekiranya gagal membendung berita-berita dan maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggangu gugat negara.

Jadi admin group whatsapp kene la pantau ahli-ahli jenis main copy paste dari group sebelah. Kalau tidak ke penjera la anda. Jadi virallah di facebook, dimana semua group whatsapp menjadikan semua ahlinya menjadi admin. Jadi semua la masuk penjara bersama kalau ada masalah. hahaha Tapi tu mungkin gurauan Nitizen.

Ini betul, sebab kebanyakkan pengguna whatsapp ni duk reti 'copy and paste' je tanpa siasat terdahulu. Jadi pihak Malaysian Communications and Multimedia Commission, MCMC membina sebuah portal Sebenarnya.my dimana sebuah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain. Jadi blogger pun jangan la sebarkan berita yang ragu-ragu. 


Tidak Pasti Jangan Konsi


Berbalik kepada admin whatsapp tadi, sekali lagi pihak MCMC telah mengeluarkan guideline dan peringatan apa yang patut dilakukan dan yang tidak patut dilakukan kepada admin-admin whatsapp.




Tetapi ia bukanlah khusus kepada Whatsapp semata, ianya juga jatuh kepada admin facebook, wechat, viber, telegram dan sebagainya. Senang cerita, aokme nak kongsi cerita yang tak tahu betul ke tidak, siasat la dulu.  Peringatan kepada diri koi yang baru nak blogging ni.

Anda tak takut ke sebagai admin group whatsapp tu? hehe berhati-hatilah

2/Post a Comment/Comments

  1. pehhh. menakotkan pulak. hahaha nasib xpna jadi admin kottt xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nasib baik la. cuma selidik la dulu klu nk share apa2 sekrang ni.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post