BR1M 2017 peringkat kedua akan dibayar mulai 5 Jun

brim

Berita baik untuk penerima pertama BR1M lalu. Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini berkata, pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat mulai 5 Jun ini.

Tambahan lagi, beliau berkata pembayaran peringkat kedua ini bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi yang telah menerima BR1M 2017 bagi kategori 01 dan 02. Sekaligus akan lagi menceriakan hari perayaan yang bakal tiba. 

jadual pembayaran BRIM

"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini.

Pembayaran BR1M akan dikreditkan kepada penerima melalui salah satu cara sama ada ke akaun bank penerima ataupun bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun, surat kelulusan akan terus dipos ke alamat penerima dan terus boleh ditunaikan dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN. Selain daripada pembayaran peringkat kedua, beliau juga mengeluarkan tarikh bagi keputusan rayuan pada peringkat pertama sebelum ini iaitu pada 17 Jun 2017.

Anda boleh juga menghubungi talian tol bebas pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika mempunyai sebarang soalan di talian 1800-88-2716 atau nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566 atau juga boleh email kepada bri1m@treasury.gov.my

sumber bernama

3/Post a Comment/Comments

  1. aduhai jelesnya.. tak dapat brim. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni tak dapat ada 2 sebab je. sama ada tak apply ataupun gaji riban-riban hehe

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post