8 Trivia Filem War for the Planet of the Apes yang anda perlu tahu

war for the planet of the apes

8 Trivia Filem War for the Planet of the Apes yang anda perlu tahu | Filem trilogi Planet of the Apes telah di tayangkan diseluruh pawagam di seluruh Malaysia bermula 13 Julai 2017. Filem ke 3 reboot Planet of the Apes arahan Matt Reeves iaitu War for the Planet of the Apes menjanjikan adegan yang menarik iaitu peperangan berlaku di antara Apes dan juga manusia. Sedikit informasi berkenaan filem:

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Julai 2017
Genre: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 23 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Gabriel Chavarria, Judy Greer
Pengarah: Matt Reeves

war for the planet of the apes

Sinopsis Ringkas

Filem ini mengikuti konflik di antara Caesar serta rakan beruknya dan tentera manusia yang diketuai oleh Kolonel yang kejam. Caesar yang bergelut dengan naluri gelapnya memulakan misi untuk membalas dendam selepas mereka kehilangan banyak nyawa dalam konflik itu. Dia kemudian mendapati dirinya bersemuka dengan Kolonel dalam satu pertempuran epik, yang akan menentukan bukan sahaja nasib kedua-dua spesis, tetapi juga masa depan planet Bumi.

Trivia menarik filem:

 1.   Filem kesembilan. Ia adalah filem ke-9 dalam francais 'Planet Of The Apes'.
  • Planet of the Apes
  • Beneath the Planet of the Apes
  • Escape from the Planet of the Apes
  • Conquest of the Planet of the Apes
  • Battle for the Planet of the Apes
  • Planet of the Apes (buat semula)
  • Rise of the Planet of the Apes
  • Dawn of the Planet of the Apes
 2.   Filem ini membuat pertandingan untuk peminat (muat naik video melakonkan watak seperti Apes) bagi mereka melakonkan dan berperanan sebagai salah seekor daripada Apes.

 3.   Ini merupakan filem ke-2 daripada pengarah Matt Reeves untuk filem reboot Planet of the Apes selepas Dawn of the Planet of the Apes

 4.   Hanya 3 pelakon sahaja yang muncul dalam ketiga-tiga filem reboot Planet of the Apes iaitu Andy Serkis (sebagai Caesar), Terry Notary (sebagai Rocket) dan Karin Konoval (sebagai Maurice)

 5.   Filem pertama Planet of the Apes adalah pada tahun 1968 dan pada 2001 bermula reboot filem tersebut.

 6.   Gadis kecil bernama Nova, dinamakan sempena watak yang dimainkan oleh Linda Harrison dalam filem pertama dan kedua dalam francais asal.

 7.   Andy Serkis yang memegang dan memainkan watak yang berperanan sebagai Caesar telah mengumumkan War of the Planet of the Apes akan mengeluarkan permainan Video di acara Comic Con pada 7 Oktober 2016 di New York yang lepas. Untuk motion capture, beliau sendiri yang terlibat katanya.

 8.   Filem ke-4 dalam fraincais reboot telah diumumkan pada Oktober 2016. Jadi apakah peperangan ini tidak berkesudahan lagi? 




sumber: cinerma.com.my, movienco, myteenguide

Terima kasih kerana membaca 8 Trivia Filem War for the Planet of the Apes yang anda perlu tahu. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen ye

2/Post a Comment/Comments

  1. Mrs pip layan movie ni, hehe...
    Sequel baru ni mcm best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. ada review tulis apes dah boleh cakap sepenuhnya. ni nak war plak dengan manusia. mesti lagi best punya

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post