Himpunan Trailer Menarik daripada Event Comic-Con 2017

comic con 2017

Pada hujung minggu lepas, telah berlansungnya konvensyen Antarabangsa Comic-Con 2017 yang bertempat di California, Amerika Syarikat. Sedia maklum, San Diego Comic-Con, SDCC merupakan acara tahunan yang menghimpunkan penerbit, pengkarya dan peminat komik yang terbesar di Amerika Syarikat.

Bagi aku SDCC ni bukanlah sekadar konvensyen buku komik tetapi lebih kepada tempat di mana pengkarya memperkenalkan karya mereka yang terbaru seperti filem, TV series, memainkan filem trailer terbaru. Jika anda ikuti konvensyen sebelum-sebelum ini pun, kita dapat lihat trailer eksklusif dan juga berpeluang mendengar sendiri daripada pelakon filem atau TV series tersebut mendedahkan serba sedikit tentang watak-watak dan cerita terbaru daripada mereka.

Jadi kat sini nak berkongsi sedikit trailer dariapda filem dan TV series yang aku tunggu-tunggu dan yang masih aku layan cerita mereka terutamanya daripada Studio Marvel dan DC. Jadi layannnn!!!

Dunia Marvel

Filem

1. Thor: Ragnarok

Selepas Avengers: Age of Ultron, Thor telah ditahan di planet Sakaar tanpa tukul hekmat. Untuk kembali ke Asgard, Thor mesti menghadapi satu perlawanan ala gladiator dengan bertembung kawan lamanya iaitu Hulk. Tujuan Thor kembali adalah bagi menghentikan Hela yang kejam, demi menyelamatkan Asgard dan akhirnya berlaku pertembungan yang dahsyat iaitu Ragnarok. Jadi nantikan tayangan rasmi pada November 2017.

TV Series

1. The Gifted

2 Oktober bakal ditayangkan TV Series daripada Marvel berjudul The Gifted. Cerita ini berkisar tentang sebuah biasa yang berasal daripada pinggir bandar tetapi dikejutkan dengan penemuan yang ajaib dimana anak-anak mereka mempunyai kuasa mutant. Kerajaan masa itu memburu mutant, jadi ikuti mereka harus menyelamatkan diri dari terus ditangkap. Jadi jangan lupa untuk tonton The Gifted pada Oktober 2017 ini.



2. Marvel's Inhumans

Jadilah lebih daripada Manusia. Jangan lupa saksikan tayangan perdana 1 episod pada 1 September ini dan bersambung kemudian pada 29 September. Jangan lupa!

3. Marvel’s The Defenders

Daredevil.Jessica Jones,Iron Fist dan Luke Cage. The Defenders menemukan 4 pahlawan yang berani yang harus mengetepikan isu peribadi dan bergabung demi menyelamatkan New York daripada dihancurkan. Jangan lupa nantika tayangan di Netflix pada 18 Ogos ini.

Dunia DC

Filem

1. Justice League

Superhero-superhero terhebat Bumi bergabung untuk membentuk Justice League bagi menentang ancaman bahaya daripada Steppenwolf jika ikut daripada trailer. Superhero yang terlibat seperti Batman, Wonder Women, The Flash, Cyborg, Aquaman dan katanya Superman pun akan terlibat. Tetapi untuk trailer terbaru ni masih tidak muncul Superman tetapi ada 'seseorang' yang kembali di akhir babak. Trailer semakin menarik woi. Nantikan November 2017 ini.

TV Series

1. The Flash | Season 4

Dunia masih perlukan The Flash. Adakah Barry akan selamat keluar daripada Speed Force? Nantikan sambungan dan tayangan The Flash Season 4 pada 10 Oktober ini.


2. Arrow | Season 6

Tanggungjawab sebagai seorang hero tidak akan berakhir. Nantikan tanyangan perdana Arrow untuk Season ke-6 pada 12 Oktober ini.


3. Supergirl | Season 3

Apa guna Supergirl jika tanpa Kara Danvers. Nantikan tayangan untuk season baru iaitu season ke-3 pada 9 Oktober ini.


4. DC's Legends of Tomorrow | Season 3

Legends never die. Jadi nantikan tayangan perdana pada 10 Oktober ini untuk season ke-3



5. Gothan | Season 3

Nantikan tayangan terbaru daripada Gotham untuk season ke-3 pada 28 September ini dan katanya ada teaser untuk season ke-4 terus pada trailer tersebut. Jangan lupa saksikan.

6. Lucifer | Season 3

Jangan lupa saksikan Lucifer untuk season ke-3 pada 2 Oktober ini.

7. Black Lightning | Teaser Season 1

Superhero yang sudah bersara kini kembali menjadi vigilante demi keamanan sejagat. Superhero baru yang akan di jadikan TV series keluaran DC Comic iaitu Black Lightning. Jangan lupa nantikan kemunculan superhero baru pada 9 Oktober ini.

Lain-lain

Filem

1. Bright

Di dalam dunia di mana makhluk mistik seperti Orc dan Elf hidup berdampingan dan bersama-sama dengan manusia. Sedia untuk dunia Bright, sebuah filem asal Netflix terbaru, yang dibintangi Will Smith dan Joel Edgerton. Bakal di tayangkan di Netflix 22 Disember ini.

2. The LEGO Ninjago

Diinspirasikan dari permainan Lego, ia mengisahkan tentang enam ninja muda yang ditugaskan untuk melindungi kepulauan rumah mereka yang digelar Ninjago. Pada waktu malam, mereka adalah pahlawan yang hebat dengan skil yang menakjubkan menentang kejahatan dan raksasa. Namun pada waktu siang, mereka adalah remaja biasa yang bergelut dengan musuh utama mereka iaitu sekolah tinggi. Nantikan tayangan di seluruh pawagam Malaysia pada 21 September ini.


TV Series

1. Stranger Things | Season 2

Treler pertama untuk Stranger Things season ke-2 telah dipertontonkan. Pada tahun 1984 dan warga Hawkins, Indiana masih terasa terancam dari kengerian demogorgon dan rahsia Hawkins Lab. Will Byers telah diselamatkan dari Upside Down tetapi entiti yang lebih besar, tetapi roh jahat masih mengancam mereka yang terselamat. Nantikan tayangan perdana pada 27 Oktober ini



Ini merupakan TV series dan filem yang aku tunggu-tunggu selama ini dan ada juga cerita yang aku nampak menarik untuk ditonton nanti. Sebenarnya ada lagi trailer yang ditayangkan di comic con seperti Jigsaw 8, Star Trek, Kingsman baru dan macam-macam lagi. Tapi aku share yang aku minat je la. hahaha Dalam banyak-banyak ni, aku betul-betul tunggu filem Justice League. Susah betul nak release trailer cerita ni. Tapi lagi best sebenarnya, lebih eksklusif. Harap series The Flash, Arrow menjadi lebih gempak lebih ni. 

2/Post a Comment/Comments

  1. Hahahaha, thanks for this, rupanya Justice League kee. Tengok Wonder Woman haritu dok wondering apa yg nak kelua ni. Ben Afleck lagiii. Stranger Things lama nya lagiiiii. Selalu SDCC ni tengok tang panel Supernatural jee. Itu pon tengok sikit sikit.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. supernatural saya tak follow sangat. layan DC, marvel je sekarang ni lagi JL yang akan datang

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post