MS Paint Telah Dihentikan Pembangunannya

RIP MS Paint
Sumber
Sebagai pengguna windows, sudah pasti kita telah mengenali serta pernah menggunakan pelbagai aplikasi sedia pasang di komputer kita. Dalam banyak-banyak aplikasi tersebut, kita mesti pernah guna 1 aplikasi tersebut walaupun sekali iaitu MS Paint. Ya! aplikasi dimana kita boleh melukis, mewarna sekali gus dapat menghasilkan seni master piece dengan menggunakannya. Penghasilan aplikasi MS Paint bermula pada tahun 1985, jadi umurnya sudah menjangkau 32 tahun tetapi tetap releven digunakan pada masa kini.




Jadi pada minggu lepas, pihak microsoft telah mengumumkan untuk menghentikan pembangunan aplikas MS Paint ini bermula dengan update Windows 10 yang baru yang bakal tiba tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, pihak mereka juga memberitahu, walaupun MS Paint tidak lagi dibangunkan tetapi anda boleh dapatkan atau download aplikasi tersebut di Windows Store. Jadi iainya seperti MS Paint mempunyai rumah baru, jika sebelum ini siap pasang di peranti, tetapi kali ni perlu dapatkan di Store.
ms paint
pc world
Dalam masa yang sama juga, pihak microsoft mengingatkan tentang versi Paint yang baru iaitu Paint 3D yang katanya fungsi pada MS Paint yang lama ada pada Paint 3D yang baru ini selain fungsi penghasilan gambar 3D itu sendiri. Jadi korang masih boleh meneruskan penghasilan seni master piece anda itu di Paint kelak.

Bagi aku yang tak pandai pun melukis ni, MS Paint banyak membantu dalam fungsi compression image. Bila sesuatu gambar dimuat naik ke MS Paint, kita boleh compress gambar tersebut ke saiz data yang lebih kecil tanpa menggunakan aplikasi lain selain menggunakan MS Paint ni.

ms paint
sumber

ms paint
sumber

Jadi mungkin ada kenangan dengan MS Paint ni kan masa mula-mula pegang komputer. Boleh la share di ruang komen. 

12/Post a Comment/Comments

  1. I still use MS paint okayy, utk screen shot lol. Paint 3D looks cool.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. dulu saya guna utk ss jgak. tapi sejak laptop ada button prtsc ni. dah tak guna utk ss. guna utk compress gambar je

      Delete
  2. Eh baru tau kewujudan paint 3D :') Paint tu saya guna utk screenshot ja haha benda lain tak reti guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin pengguna windows 10 tahu rasanya. saya dulu gune sekejab je. then downgrade w8 balik.

      Delete
  3. hakhak legendnya ms paint tu! elsa sekarang pakai windows 10 tapi tak rajin pulak nak kaji hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sangat tak penting. haha guna apa yang ada kan. tapi kalau takda dh dalam laptop tu, elsa boleh download ms paint di windows store tu

      Delete
  4. Zaman kecik2 buka pc nak lukis rumah siap ada bukit dan matahari + burung. Lol. Rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha setiap orang yang ada komputer mesti ada kenangan dengan ms paint ni kan

      Delete
  5. Ooo yeke..teringat zaman kenal komputer dulu..main lukis2 dgn MS paint ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan setiap orang ada pengalaman masa kecil dengan paint ni. sebab dulu takda internet sgt kn

      Delete
  6. Ooo yeke..teringat zaman kenal komputer dulu..main lukis2 dgn MS paint ni..huhu

    ReplyDelete
  7. MS Paint legend ~ nat sampai sekarang masi setia dgn MS Paint :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post