Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini

Robot Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba | Pada bulan Mei yang lepas, jika anda peminat Gundam pasti anda tahu bahawa patun gergasi RX-78-2 Gundam di telah pun dicabut oleh pihak Gundam. Mungkin ramai yang kecewa bila dengar berita ini masa tu. Tapi bukan dengan berita itu saja, pihak Gundam juga telah memberi tahu bahawa RX-78-2 bukan sahaja dicabut malah akan di ganti dengan Gundam yang baru iaitu Gundam Unicorn.

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini

Aku sebelum ini pernah jejak kaki di Tokyo dan berpeluang melawat Odaiba secara dekat pada tahun 2016. Aku juga berkesempatan untuk datang di Divercity Tokyo Plaza dan melihat sendiri betapa besarnya patung gergasi RX-78-2. Kalau pada robot gergasi yang lama, hanya kepala yang bergerak dengan pusing ke kiri dan ke kanan.

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini
 Gambar di waktu petang

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini
Gambar di waktu malam

Berbeza dengan Unicorn, melalui maklumat di internet, saiz robot gergasi Unicorn Gundam ini lebih besar daripada RX-78-2 dan katanya ada 2 mod iaitu normal mod dan mod pemusnah! Ianya sudah tentu berbeza dengan Gundam sebelum ini. Korang boleh tengok video dibawah nanti bagaimana bentuk mod pemusnah tersebut.

Sedikit info berkaitan Unicorn Gundam ni:

Nama: RX-0 UNICORN GUNDAM Ver.TWC
Tinggi keseluruhan: 19.7m
Berat: 49 tan
Tarikh pembukaan: 24 September 2017, Ahad
Alamat: Tokyo, Koto, Aomi 1-1-10 DiverCity Tokyo Plaza Festival Plaza

Jadi mana-mana peminat Gundam atau traveler yang akan berkunjung di Tokyo pada masa terdekat ini, jangan lupa pada 24 September ini secara rasmi pembukaan Unicorn Gundam di Odaiba. Kalau korang nak tahu lebih lanjut perjalanan Unicorn Gundam (ada gambar, video, cerita) ini, korang boleh follow twitter yoshi115t, tetapi tweetnya dalam bahasa Jepun la.

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini
Pandangan hadapan

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini
 Pandangan belakang


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post