Tahun Ke-9 Aku Bersama Facebook

Tahun Ke-9 Aku Bersama Facebook

Tahun Ke-9 Bersama Aku Facebook | Sebelum bermula entri berkaitan, aku nak cerita sedikit sejarah apa itu Facebook. Facebook merupakan sebuah rangkaian sosial yang dicetuskan pada tahun 2006 oleh Mark Zuckerberg. Rangkaian sosial Facebook dikendalikan oleh Facebook Inc. Sejak 2006, bagi menjadi pengguna Facebook, mestilah mereka yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alaman e-emel. Secara asasnya, dengan Facebook, pengguna boleh menambah kawan dan saling berinteraksi dengan menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada kawan-kawan. Ikut sejarah, nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada pemulaan tahun akademik di Amerika Syarikat dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

Jadi pada 2 September 2008 yang lepas, aku bermula daftar akaun facebook secara rasmi. Seingat aku, aku daftar selesai sekolah tamat. Jadi masa aku sekolah, aku takda lagi facebook walaupun facebook dah bertapak di Malaysia pada tahun 2006. Sebab dulu, aku main myspace, friendster dan seangkatan dengannya.

Tahun Ke-9 Aku Bersama Facebook
Tahun Ke-9 Aku Bersama Facebook

Jadi pada hari ni pihak facebook dengan reminder 'Aiman joined Facebook 9 years ago' telah keluar. Secara automatik facebook mengungkit dan menunjukkan beberapa memories seperti gambar, video dan status yang pernah aku timbulkan pada masa tersebut.


Jadi demi tahun ke-9 aku nak kongsikan sedikit apa yang aku pelajari, apa yang aku dapat daripada Facebook.

Setiap perkara pasti ada kebaikan dan keburukannya. Jadi Facebook juga tidak ketinggalan dengan perkara baik dan buruknya. Rangkaian sosial Facebook ni jika digunakan dengan bijak ianya sudah pasti mampu memberi impak kebaikan kepada pengguna seperti aku.

  1. Bagi aku pada awalnya, aku buat akaun facebook ni lebih kepada kesinambungan daripada Myspace dimana tempat aku berinteraksi dengan kenalan. Jadi dengan Facebook ni, aku dapat berhubung dengan rakan yang kenal ataupun tidak hanya di hujung jari. Ada rodong yang aku last contact masa di sekolah rendah pun, dapat balik tanya khabar dengan adanya platfom media sosial seperti Facebook ni.
  2. Dengan facebook juga, aku dapat tahu apa yang rakan aku lakukan setiap kali mereka memuat naik status atau gambar semasa mereka di Home Wall kita. Sebaliknya juga, rakan kita juga boleh tahu apa yang dilakukan oleh kita dengan cara yang sama. Sekali gus,  Jadi, hubungan antara rakan ini akan terus wujud. Dengan kemampuan ini juga, jika rakan merasakan ianya menarik, mereka akan memberikan repon terhadap status atau gambar atau video kita dan interaksi terus berlaku. Bagi aku setiap orang yang ada akaun facebook yang asli (bukan fake akaun) pasti pernah merasainyakan.
  3. Facebook juga menjadi platfom tidak rasmi kepada berita-berita terkini. Dengan status tidak rasmi ni lah, pengguna harus bijak mengenali berita mana yang benar atau sebaliknya. Betul! dengan facebook ni aku rasa, berita lebih cepat tersebar berbanding dengan surat khabar. Tetapi jangan lupa, surat khabar pun dah ada akaun facebook, jadi sebaran akan menjadi lebih super cepat dan terus menjadi tular dengan sekelip mata.
  4. Bagi aku juga, Facebook memudahkan aku berinteraksi dan berkongsi bahan ilmiah terutamanya ketika di zaman universiti. Pihak Facebook telah menyediakan Facebook Group dimana membolehkan setiap ahli group berkongsi idea dan bahan softcopy. Dengan cara ini, aku hanya buka facebook dan boleh terus hantar file softcopy seperti assignment, gambar, pdf file, presentation file dan sebagainya asalkan filenya tidak terlalu besar. Tapi kene ingat, ianya hanya merangkumi pekerjaan secara tidak rasmi. Kalau benda-benda rasmi gunalah email deh.
  5. Akhirnya, selama aku guna facebook ni, aku dapat main game yang telah disediakan. Pada awal aku join facebook ni, selain interaksi dengan rakan-rakan, aku juga main game online di facebook bersama rakan. Seingat game yang aku main adalah; farmville, cityville, candy crush, barn buddy dan cafe world. Tapi game ni tak bertahan lama rasanya, sampai 2013 rasanya. Tapi sebelum tu lagi aku dah berhenti, mungkin aku sempat main dalam 2-3 tahun. 
Tahun Ke-9 Aku Bersama Facebook

Sebenarnya banyak lagi perkara yang aku dapat daripada Facebook ni, tapi lain hari la kita cerita lagi. Jadi selama 9 tahun, banyak perkara telah berlaku di laman sosial terbesar Facebook ni. Kita kene ingat, disamping kebaikannya mesti ada keburukannya seperti yang aku bagi tahu di atas. Mungkin kita tak perasan, berapa lama masa yang kita habiskan bersama Facebook berbanding perkara lain. Aku rasa awal tahun penggunaan je aku rasa banyak buang masa dengan Facebook ni, benda baru kan. hehe Sekarang ni, aku on facebook untuk cari berita terbaru dan cari bahan untuk update blog. Hidup mesti bijak. haha

2/Post a Comment/Comments

  1. Dalam banyak-banyak media sosial facebok la paling lama dan paling ramai orang guna.game farmville tu salu main hehe. Ntah wujud lagi ke dak ladang tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dah tak boleh access ladang tu. sedih

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post