Trivia Menarik Disebalik Filem Seram IT

Trivia Menarik Disebalik Filem Seram IT

Trivia Menarik Disebalik Filem Seram IT | Filem yang tengah hangat sekarang di panggung wayang antaranya adalah filem seram badut bersama belonnya iaitu IT. Kenapa IT? Ianya kerana menggambarkan watak antigonis, badut tersebut bernama Pennywise tidak tahu akan identiti serta jantinanya, makan IT diberi nama filem. 

Filem ini merupakan adaptasi daripada novel yang ditulis oleh Stephen King. Kata penonton yang sudah menontonnya, filem seram ni lain dari yang lain. Ya! agak seram. Jadi mana-mana yang nak menonton. Have fun and You'll Float Too!

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 7 September 2017
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 2 Jam 15 Minit
Pelakon: Bill Skarsgård, Jaeden Lieberher, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer, Wyatt Oleff
Pengarah: Andres Muschietti

Trivia Menarik Disebalik Filem Seram IT

Sinopsis Ringkas

Apabila kanak-kanak penduduk tempatan mula hilang seorang demi seorang di pekan Derry in Maine, tujuh kanak-kanak yang dikenali sebagai The Losers Club bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu. Mereka mendapati diri mereka perlu menentang badut jahat bernama Pennywise, yang mempunyai sejarah membunuh sejak berabad dahulu. 

Selepas 27 tahun penemuan terakhir mereka dengan Pennywise, kanak-kanak mula hilang semula dan kumpulan ini kembali bergabung untuk menghentikan perkara buruk itu sekali lagi.

Trivia Menarik

  1. Mata Pennywise akan menunjukkan 2 arah yang berbeza. Pengarah IT tersebut pada awalnya akan membuat CGI pada mata Pennywise, tetapi pelakon clown tersebut Bill Skarsgard  mampu membuatkan mata tersebut tanpa bantuan CGI.
  2. Walaupun watak Pennywise merupakan watak yang utama dan penting dalam filem ni, tetapi hanya selepas separuh perjalan dalam pembikinan filem ini, barulah watak Pennywise bermula dimainkan.
  3. Betapa seram dan ngerinya watak Pennywise yang dilakonkan oleh Bill Skarsgard ni sehingga ramai kanak-kanak yang ketakutan dan sehingga mengeletar badan ketika Bill mula untuk berlakon. Selesai sahaja berlakon, ramai kanak-kanak yang menangis di set tersebut. Selepas rasa serba salah, Bill akan meminta maaf kepada kanak-kanak tersebut atas pekerjaannya.
  4. Filem IT ni sinonim dengan no 27. Mari kita lihat! Filem ini ditetapkan untuk dikeluarkan 27 tahun selepas cerita asal di TV. Menurut novel adaptasi IT ini, disebutkan bahawa IT kembali kepada Derry kira-kira setiap 27 tahun. Jonathan Brandis, yang memainkan watak Bill ketika muda dalam filem asal, meninggal dunia pada umur 27 tahun. Filem ini dikeluarkan satu bulan selepas hari jadi ke-27 Bill Skarsgard yang memegang watak Pennywise. 
  5. Pennywise bertutur bahasa Swedish kadang kala ketika berlakon.
  6. Filem ini adaptasi novel daripada penulis terkenal Stephen King. Jadi 6 bulan sebelum filem ini disiarkan, ianya ditunjukkan dahulu kepada beliau dan yang bagusnya, Stephen King begitu kagum dengan hasil kerja Andres Muschietti yang dirasakan sangat berjaya.
  7. Filem IT telah memecahkan rekod yang dipegang oleh The Fate of the Furious (139 juta tontonan) iaitu penonton paling ramai pada trailer pertama iaitu sebanyak 197 juta tontonan dalam masa 24 jam selepas disiarkan.
  8. Katanya, Bill mengalami beberapa mimpi buruk ketika tidur di set iaitu selepas selesai berlakon. Sungguh bawa watak, sampai bawa ke mimpi. fuh!
  9. Untuk membuat ekspresi seram lebih real pada pelakon remaja yang digelar The Losers Club ketika pertemuan pertama bersama badut, pengarah mengarahkan Pennywise hanya muncul bersama pelokon tersebut di dalam set dan ketika berlakon. Mahu terkucil budak-budak tu.
  10. Bill Skarsgård dilatih dengan seorang contortionist untuk peranannya dalam filem itu.
  11. Penggambaran bermula pada 27 Jun 2016 dan secara rasminya tamat pada 20 September 2016, satu hari sebelum penulis Stephen King berumur 69 tahun.
  12. Fakta September pula. Novel IT diterbitkan pada September 1986. Filem IT ditayangkan pada September 2017. September juga bulan kelahiran Stephen King, 21 September 1947.
  13. Poster asal untuk "A Nightmare on Elm Street 5" dapat dilihat di salah satu adegan.

2/Post a Comment/Comments

  1. nice sharing aiman..lokman pon dah tngok filem ni

    http://www.hakimramli.com/2017/09/review-filem-it-2017.html

    ReplyDelete
  2. maunya tengok ~ tapi takut .. heheh :ng

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post