Telah Terjawab Siapa Juara Super Spontan Superstar 2017

Telah Terjawab Siapa Juara Super Spontan Superstar 2017

Telah Terjawab Siapa Juara Super Spontan Superstar 2017 | Maka dengan rasminya Super Spontan Superstar 2017 melabuhkan tirai selepas 8 minggu beraksi dengan barisan pelawak spontan seperti Achey, Fad, Kamal Adli, Amy Mastura, Shuk, Shuib, Mamak dan ramai lagi. Seperti setiap musim juga, permainan ini akan dibahagikan kepada 2 pasukan dan untuk kali ini melibatkan pasukan Tenggiling Taiko dan King Musang. Musim terbaru ini juga masih dikekalkan Dato Ac Mizal sebagai host bersama dengan Amir berserta Dato Afdlin sebagai komentator dan ditemani komentator jemputan setiap minggu.

Telah Terjawab Siapa Juara Super Spontan Superstar 2017


Pada final SSS2017 kali ini hanya 8 peserta yang tinggal iaitu Kamal Adli, Fad, Achey, Shuk, Shahrol, Sharif, Mamak, dan Ozlyn berentap bagi meraih gelaran juara sebaris dengan juara-juara sebelum ini Zizan, Johan, Abam dan Jep. Jadi jika minggu sebelum itu mereka bertandingan dalam kumpulan, pentas akhir, mereka bertanding atas tiket individu. Pentas akhir kali ini jadi lebih meriah bila bekas juara Super Spontan iaitu Zizan dan Johan diundang sebagai artis undangan pada malam tersebut. 

Keputusan Akhir 

Maka malam final tersebut segalanya telah terjawab dengan Kamal Adli yang asalnya pelakon menjuarai Super Spontan Superstar 2017 yang katanya menepati ramalan awal. Kamal Adli membawa pulang trofi juara beserta wang tunai RM100,000. Bagi aku bukanlah melayan SSS2017 setiap minggu, tapi bahagian mana yang aku sempat layan, aku perasan si Kamal Adli ni all out kot. Sebab tu dia deserve kot. Jika dibandingkan dengan yang pelawak lain, mungkin mereka dah ada aura lawak, jadi mereka fikir, senyum pun dah buat orang kelakar. Mungkinlah! haha

Telah Terjawab Siapa Juara Super Spontan Superstar 2017


Seterusnya, naib juara yang dimenangi oleh Fad iaitu rakan Achey di dalam Bocey yang membawa pulang RM50,000 dan no 3 yang membawa RM25,000 iaitu Achey. Ini bermakna Fad lebih kelakar daripada Achey rupanya. Masing menerima trofi. Untuk no 4 hingga 8, mereka menerima Rm5000 dan bunga je. Kesian. Dan pastinya tidak akan diingati. hahaha Apa-apapun tahniah semuanya.

Kita tunggu je la apa lagi cerita ganti Super Spontan Superstar 2017 lepas ni.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post