Peminat EPL Mesti Biasa Dengan Boxing Day. Tapi apakah Hari Tersebut?


Pada malam ni, perlawanan English Premier League, EPL disambung dengan perlawanan untuk minggu ke-20. Perlawanan telah pun masuk ke pusingan ke-2 selepas tamat perlawanan yang ke-18 pada 16 Disember yang lepas. Tapi yang menariknya perlawanan ke-20 kali ni berlangsung pada Hari Natal iaitu 26 Disember yang digelar dengan Boxing Day. Jadi apa itu Boxing Day yang terkenal di UK?

Juan Mata telah menjaringkan 2 gol pada perlawanan Leicester City pada minggu lepas.

Boxing Day

Kita kerap mendengar perlawanan selepas Hari Natal disebut Boxing Day. Saya ketika saya masih bergelar pengawas sesi petang di SMK Bandar Bintulu, saya menganggap ia adalah hari bolasepak panas seperti hari tinju. Nama pun dah boxing day. Namun ia silap. Boxing day adalah satu acara kebudayaan bukan keagamaan.

Harap anda tak terkeliru menganggap ia sempena hari tinju. Boxing day berbeza beza konsep. Untuk pekerja bank, ia dianggap hari mereka tutup bank dan makan saki baki makanan Krismas yg ada lagi. So, dalam sukan ia juga berbeza.

Box adalah kotak. Boxing Day merujuk kepada hari membuka kotak hadiah yg diterima pada Hari Natal. Dulu ia melibatkan para pekerja menerima hadiah daripada bos. Budaya ini dipercayai berasal dari England. Di German ia disebut block buster day atau hari memecahkan blok. Konsep hampir sama dan ia berlaku pada 26 Disember.


Di England dan negara negara lain yg ada boxing day akan menjadikan ia hari mereka menikmati hadiah. Tak kisahlah dalam box atau tidak. Ada yg pergi tengok acara sukan, lumba kuda atau lepak dengan rakan rakan.

Antara cara orang England dan Eropah meraikan boxing day adalah dengan menonton perlawanan bolasepak. Jadi pada boxing day , perlawanan biasanya akan melibatkan pasukan yg dekat dan senang akses kereta api dan sebagainya, namun derby setempat tak digalakkan kerana ia boleh mengganggu keharmornian kekeluargaan pada boxing day. Jarak perjalanan Away game terlalu jauh adalah tak digalakkan dan cuba dielakkan kerana ia akan meletihkan penyokong pelawat.

Konsep bermain bola sepak pada boxing day ini telah dikekalkan banyak negara kerana mereka mendapat manfaat banyak di mana pemain tak akan makan sesuka hati dan minum alkohol ketika perayaan. Bayangkan di Malaysia ada match pada Hari Raya kedua sebab kita tak nak pemain terlalu me'rendang' dan jaga diet ketika perayaan. Mentaliti orang Inggeris, kamu dah sign kontrak dan kamu perlu dalam keadaan terbaik ketika saya bayar khidmat kamu.

Petikan dipetik daripada: Axello Tacts

Jadi perlawanan ke-20 diteruskan dengan 7 perlawanan pada 26 Disember, 1 perlawanan pada 27, 28 dan 29 Disember. Berikut merupakan jadual penuh sepanjang Boxing Day ini:


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post