Senarai Peserta Rancangan Terbaru Astro Gegar Lawak

Senarai Peserta Rancangan Terbaru Astro Gegar Lawak

Program realiti masih diterima dan mendapat sambutan yang agak baik daripada orang ramai terutamanya berunsurkan lawak jenaka. Sekali lagi di awal tahu, pihak Astro kembali dengan program realiti lawak terbaru iaitu Gegar Lawak.
19 Januari baru ni telah rasminya senarai peserta yang akan bertanding bagi merebut kejuaraan sulung pada tahun ni. Katanya format kali ni sedikit berbeza. Masih mengekalkan undian sms tetapi ada penambahan markah juri. 70% juri professional dan 30% undian SMS. 


Jika program sebelum ini iaitu Lawak Solo menyediakan otai lawak sebagai penunjuk cara, kali ini diperkenalkan pula rakan komedi iaitu Taukeh, Dzawin, Nizam Lawak Solo dan Ali Puteh yang ditugaskan untuk membantu peserta dari segi idea, persembahan dan bagai-bagai lagi.

Gegar Lawak kali ni masih mengekalkan Fad Bocey sebagai pengacara tetapi menggantikan Johan dengan Kamal Adli selama 9 minggu bersiaran langsung. Kenapa Kamal? ermm mungkin sebab juara Super Spontan Superstar 2017.

Senarai Peserta Rancangan Terbaru Astro Gegar Lawak

Senarai Peserta

Pencarian bakal peserta kali ni terbuka kepada Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei tetapi hanya dapat 1 peserta sahaja daripada Indonesia dan selebihnya Malaysia. Kali ni sebanyak 14 peserta iaitu sebanyak 8 peserta solo, 4 duo dan 2 trio yang terdiri daripada Hezry, Tasya, Eyya, Ayim, Padil, Abe, Rizal, Bayu, Testo, 2B, Candy, Sogeh, Kiut dan Abata.

Peserta ni bertanding bagi merebut takhta kejuaraan yang memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi manakala naib juara membawa pulang RM25,000 dan trofi. Bagi peserta tempat ke-3 akan membawa pulang RM15,000, peserta tempat ke-4 membawa pulang RM10,000 dan tempat ke-5 memenangi RM5,000.

Senarai Peserta Rancangan Terbaru Astro Gegar Lawak

Program Gegar Lawak ini akan mula bersiaran langsung untuk minggu pertama pada 26 Januari ini di Astro Warna dan Warna HD pada 10 malam.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post