Google Doodle Sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018
sumber google
Google Doodle Sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 | Mulai 9 Februari hampir seluruh dunia yang menggunakan enjin carian terbesar dunia Google akan disajikan dengan beberapa Google Doodle yang comel dan menarik. Jadi kali ini Google Doodle kali ini disediakan oleh pihak Google Inc. sempena Winter Olympic Games atau Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 untuk kali ke-23 ialah temasya sukan musim sejuk yang berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan, antara 9 dan 25 Februari 2018. Untuk olimpik kali ni, 102 acara daripada 15 sukan akan dipertandingkan sekali gus lebih 100 pingkat ditawarkan yang merupakan tawaran medal yang paling banyak sejak acara sukan musim sejuk ini diadakan. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 kali ni disertai 95 buah negara termasuk 6 negara yang melalukan debut kali pertama iaitu Ecuador, Eritrea, Kosovo, Malaysia, Nigeria dan Singapore.
Yes! Malaysia buat kali pertama dalam sejarah menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk walaupun tiada salji di sini iaitu dalam acara Alpine skiing (Jeffrey Webb) dan Figure skating (Julian Yee).
Dengan berlangsungnya acara sukan olimpik musim sejuk ini selama 17 hari, pihak Google berbesar hati menyediakan 17 Google Doodle yang akan mewarnai home page google.com korang (1 hari 1 Google Doodle). Google Doodle Sukan Olimpik Musim Sejuk kali ni diwarnai dengan beberapa jenis acara sukan yang disertai oleh dunia haiwan. Ada burung, anjing, ular, kucing, beruang, kura-kura dan macam-macam lagi.
Untuk melihat doodle ini korang hanya perlu pergi ke Google.com dan tekan play dan doodle tersebut akan dimainkan sendiri dan jika korang klik doodle tersebut, result carian memaparkan berkaitan dengan Winter Olympic Games 2018.
Google Doodle yang telah dilepaskan oleh pihak Google
3 comments for "Google Doodle Sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018"