Tahniah Kepada Juara Gegar Lawak 2018

Tahniah Kepada Juara Gegar Lawak 2018

Tahniah Kepada Juara Gegar Lawak 2018 | Maka selesai sudah program pencarian bakat lawak terbaru Astro untuk tahun iaitu program Gegar Lawak 2018. Telah terjawab kumpulan atau peserta manakah yang menjadi juara sekali gus menjadi juara sulung untuk program Gegar Lawak 2018.

Rancangan ini telah dihoskan oleh Kamal Adli dan Fad Bocey beserta 2 juri tetap iaitu Douglas Lim dan Dato Ac Mizal dan seorang juri undangan yang berbeza setiap minggu. Pentas akhir malam tadi disertai oleh 2 peserta solo iaitu Fadil dan Eyya, 1 peserta duo iaitu 2B dan 2 peserta trio, Abata dan Kiut. Mereka berjaya mara ke peringkat akhir selepas 9 peserta lain tersingkir dalam 9 minggu program Gegar Lawak dipertandingkan. 




Senarai Pemenang Gegar Lawak 2018

Juara Gegar Lawak - Kiut (Hadiah RM50,000 beserta trofi)

Naib Juara Gegar Lawak - Eyya (Hadiah RM25,000 beserta trofi)

Tempat Ke-3 Gegar Lawak - Abata (Hadiah RM15,000 beserta trofi)

Tempat Ke-4 Gegar Lawak - Padil (Hadiah RM10,000 beserta trofi)

Tempat Ke-5 Gegar Lawak - 2B (Hadiah RM5,000 beserta trofi)

Kiut dan trofi-trofinya (sumber: mediahiburan)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kita dah biasa disajikan oleh Astro rancangan berunsurkan pentas komedi, jika sebelum ni ada program Raja Lawak, Maharaja Lawak, Lawak Solo, dan kini Gegar Lawak. Dengan adanya pertandingan ini, maka lahirlah pelawak baru dan semestinya artis lain mungkin lagi susah cari makan. hehe Pandai-pandai la nak hidupkan. Apa-apapun sekadar rancangan santai di hujung minggu, menghiburkan lah juga kan. Sekali lagi di ucapkan tahniah kepada juara dan semua peserta Gegar Lawak 2018.

6/Post a Comment/Comments

  1. laaa
    final ker malam tadi
    tak perasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mungkin tak segempak program lawak lain kot. haha tu tak perasan dah habis

      Delete
  2. tengok jugak final semalam , setuju dengan keputusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. ikut pristasi, betul la keputusannya

      Delete
  3. Tak tengok Gegar Lawak, Bintang Bersama Bintang saya follow :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post