Pasukan Pusingan Separuh Akhir UEFA Champions League Dan Europa League 17/18

Pasukan Pusingan Separuh Akhir UEFA Champions League Dan Europa League 17/18

Sebentar tadi berlangsung undian perlawanan peringkat separuh akhir bagi UEFA Champions League, UCL dan UEFA Europa League, UEL. Peringkat separuh akhir melibatkan 4 pasukan terkuat yang telah berjaya mengalahkan lawan masing-masing di peringkat suku akhir bagi UCL dan UEL.

UEFA Champions League, UCL

Bagi perlawanan UCL, 4 pasukan gergasi dari 4 buah negara yang berbeza. Mungkin sebelum ini, kita melihat pasukan daripada Spain mendominasi peringkat separuh akhir, tetapi kali ini mereka hanya mempunyai 1 pasukan sahaja. Pasukan yang berjaya melayakkan ke pusingan separuh akhir adalah Bayern Munich (Germany), Real Madrid (Spain), Liverpool (England) dan AS Roma (Italy)

Berikut merupakan lawan setiap pasukan dan tarikh setiap perlawanan


Liverpool vs AS Roma

Real Madrid vs Bayern Munich


Pasukan Pusingan Separuh Akhir UEFA Champions League Dan Europa League 17/18


Road to Kyiv, Ukrain

24/25 April: Separuh akhir pertama
1/2 Mei: Separuh akhir kedua
16 Mei: Perlawanan akhir (berlangsung di NSK Olimpiyski, Kyiv)

Pasukan Pusingan Separuh Akhir UEFA Champions League Dan Europa League 17/18
NSK Olimpiyski, Kyiv


UEFA Europa League, UEL

Bagi UEL pula, juga mempunyai 4 pasukan terhandal dari 4 buah negara yang berbeza. Jika tak silap, 1 daripada pasukan tersebut daripada pertandingan UCL iaitu Athletico Madrid yang mendapat tempat ke-3 didalam peringkat kumpulan dan dimasukkan ke pertandingan UEL. Pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir adalah Arsenal (England), Athletico Madrid (Spain),  
FC Red Bull Salzburg (Autria) dan Marseille (France)


Berikut merupakan lawan setiap pasukan dan tarikh setiap perlawanan


Arsenal vs Atlético

Marseille v Salzburg 


Pasukan Pusingan Separuh Akhir UEFA Champions League Dan Europa League 17/18

Road to Lyon, Perancis

26/04/18: Peringkat separuh akhir (Perlawanan pertama)
03/05/18: Peringkat separuh akhir (Perlawanan kedua)
16/05/18: Peringkat akhir (berlangsung di Stade de Lyon, Lyon)

Pasukan Pusingan Separuh Akhir UEFA Champions League Dan Europa League 17/18
Stade de Lyon, Lyon



Jadi di mana pasukan anda? di UCL ka? ataupun di UEL? Pasukan aku dah tersungkur dan tersembam sudah. haha Bagi UCL, mungkin AS Roma sebagai lawan yang kurang kekuata dari segi pencapain tetapi mereka telah pun mengalahkan pasukan gergasi Barcelona di peringkat suku akhir. Mungkin menjadi pencabar yang kuat kali ni. Di UEL pula, mungkin Salzburg dilabel sebagai underdog yang telah berjaya menumbangkan juga salah satu pasukan kuat di liga Italy iaitu Lazio. Apa-apapun semoga berjaya kepada semua pasukan. Kalau dapat ke Real Madrid lagi, hatrick la Cristiano Ronaldo woi!



sumber: UEFA.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post