Sempat Ukir Nama Sendiri Pada iPhone

Sempat Ukir Nama Sendiri Pada iPhone

Jadi minggu lepas aku sempat singgah di i2fix Setapak bila aku balik rumah Nenek aku di Taman Seri Keramat. Apa i2fix ni? Mungkin sebahagian pengguna iphone tahu kedai ni atau pernah dengan tetang nama kedai ni.

Kedai ni merupakan iDevice Repair Specialist, senang cerita apa pun masalah idevice korang, dieorang boleh selesaikan. Nak repair screen ke nak tukar bateri dan macam-macam lagi, dieorang boleh tolong baikikan.

Tapi aku pergi ke kedai ni bukanlah nak baiki iphone tetapi mereka ada buat engraving service pada iphone dan ipad. Servis ukiran ini adalah servis di mana korang boleh ukir nama sendiri atau kata-kata di iphone secara laser. Dan lagi best, engraving service ni adalah percuma. Mereka buat secara percuma kerana menyambut ulang tahun ke-6 penubuhan i2fix. (Untuk selain iphone pun boleh tetapi kene charge RM6 dan pastikan badan phone anda adalah metal, baru boleh ukir laser)

Sempat Ukir Nama Sendiri Pada iPhone


Sebelum ini mereka memberi tawaran hanya 2 daripada 5 cawangan iaitu di cawangan Klang dan juga Setapak. Di Klang, tawaran di buka bermula 10 Feb sehingga 28 Feb dan di cawangan Setapak pada 1 Mac sehingga 31 Mac. Jadi aku sempat singgah di setapak pada minggu lepas untuk ukir nama di iphone aku.

Sempat Ukir Nama Sendiri Pada iPhone


Jadi kalau ikut tarikh yang diberikan, tawaran percuma ni dah tamat. Tapi dieorang masih melanjutkan tawaran ini lagi. Jadi mungkin yang mana berminat boleh terus ke cawangan Setapak untuk ukir nama korang di iphone ke sayangan. Jadi kalau korang nak datang, korang boleh tanya dulu di laman sosial mereka.

4/Post a Comment/Comments

  1. wahh boleh ukir. senang nanti kalau dicuri , kantoilah pencuri itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha buat pun sebab kebetulan pergi setapak. free plak. buat je la

      Delete
  2. Murah je cas nya..elok sangat buat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau sayang phone dari di laser. tak digalakkan hehe

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post