Berbuka Puasa Di Padang MPK Kuantan

Berbuka Puasa Di Padang MPK Kuantan

Berbuka Puasa di Padang MPK Kuantan | Di Malaysia sudah menjadi trend di mana sebuah tempat yang luas dijadikan sebagai tempat untuk berbuka puasa.

Jika dilihat ada di padang seperti di Padang MBSA, Dataran Putajaya, Dataran Sibu, Dataran Merdeka dan beberapa tempat lain lagi. Di Kuantan juga tidak terkecuali, iaitu di Padang MPK, Kuantan Pahang.

Pada hari selasa yang lepas, aku berkesempatan untuk berbuka puasa beramai-ramai bersama rakan sekelas.

Aku dengan rakan-rakan sempat mencari masa yang sesuai untuk berbuka puasa beramai-ramai secara piknik di Padang MPK seperi warga Kuantan yang lain juga. Sebenarnya ini merupakan kali ke-3 aku sempat berbuka puasa beramai-ramai di padang MPK ini.

Selain warga Kuantan dapat berbuka puasa beramai-ramai, di padang ini juga terdapat sebuah bazar Ramadan Taman Kerang yang betul-betul di besebelahan dengan padang.

Jadi korang boleh dapatkan juadah berbuka dengan mudah. Padang ini juga terletak berhadapan dengan Masjid Negeri Kuantan, jadi selepas korang selesai berbuka, korang boleh terus mendirikan solat maghrib di Masjid.

Jadi bagi aku berbuka di Padang MPK ini sesuai untuk seisi keluarga, rakan-rakan ataupun berbuka secara beramai-ramai.

Berbuka Puasa Di Padang MPK Kuantan

Berbuka Puasa Di Padang MPK Kuantan

Sebagai tambahan, di padang tersebut juga disediakan khidmat sewa tikar dengan harga serendah RM5. Dengar ceritanya, setiap penyewa juga berpeluang untuk memenangi hadiah dengan cabutan bertuah.

Di situ juga, ada taman belon angin sesuai untuk kanak-kanak. Jadi kepada warga Kuantan yang berkesempatan boleh datang beramai-ramai di Padang MPK Kuantan untuk berbuka puasa beramai-ramai.

10/Post a Comment/Comments

  1. tak pernah merasa lagi suasana iftar macam ni. nampak meriah sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup meriah sangat. kalau ada tempat berdekatan boleh cuba. berbuka beramai-ramai

      Delete
  2. tahun2 sebelum ni masa masih lgi belajar selalu buka puasa di dataran shah alam dgn member2... tahun ni je tak sempat sbb dah habis belajar..

    http://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan dirindui momment2 masa belajar kan. dah habis belajar mungkin takda masa dah kan

      Delete
  3. Nampak seronok, so far kt tpt kita tak pernah lagi buat camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dekat dengan tempat belajar. kalau di kampung, tiada pun tempat2 macam ni.

      Delete
  4. Macam best je, Mai pernah berbuka kat dataran Seremban je, tu pun pasal tunggu bas malam tu lepas isya' nak balik kampung, hehe.

    Cantik gambar, pakai camera apa tu...so nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la buka ramai2 kan. ni fon kawan. iphone 7 plus

      Delete
  5. followed u here. #240. hiii

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post