Cuba Burger Rio Menu Terbaru McDonalds

Cuba Burger Rio Menu Terbaru McDonalds

Jadi selesai sudah musim Piala Dunia bagi tahun 2018 yang telah di adakan di Rusia. Acara tersebut telah di adakan selama 1 bulan bermula pada 14 Jun dan berakhir 15 Julai. Kita sedia maklum yang mana France telah memenangi Juara Piala Dunia dengan menumpaskan Croatia dengan jaringan 4-2. Diikuti team aku Belgium di tempak ke-3 dengan mengalahkan England dengan jaringan 2-0.

Jadi sempena bulan Piala Dunia sebelum ini, pihak McDonalds telah mengembalikan dan menghidupkan semula menu 4 tahun lepas iaitu Burger Rio yang telah mendapat sambutan. Jika tengok nama burger ini di ambil sempena nama tempat di Brazil iaitu di mana berlakunya Piala Dunia 2014. Selain burger Rio, McDonalds juga mengeluarkan bungkusan khas Fries ala-ala jersi pasukan Piala Dunia.

Cuba Burger Rio Menu Terbaru McDonalds

Jadi selepas habis musim Piala Dunia, barulah aku dapat rasa buat pertama kali selepas 4 tahun sebelum ini. Ini merupakan kali pertama aku rasa Burger Rio, sebab 2014 mungkin tak sempat nak makan kot. Bagi menu kali ini, aku tak pasti bila tarikh terakhir menu ini akan berada di McDonalds, setakat  20 Julai, ianya masih available di setiap cawangan McDonalds terutamanya di Kuantan.

Review Ringkas Burger Rio McDonalds

Cuba Burger Rio Menu Terbaru McDonalds

Burger Rio dikeluarkan dengan 2 menu iaitu Burger Rio with Beef dan Burger Rio with Chicken. Secara ringkasnya, persembahan burger ini  mempunyai daging lembu yang dicincang berlapis-lapis dengan campuran sayur-sayuran yang dicincang berwarna-warni, diletak kepingan keju dan sos khas Rio, semuanya dicampur antara bungkus bijan hitam dan putih yang ditaburi di atas roti. Sos khas Rio ini tidak lah terlalu pedas, tetapi sedap bagi aku. Roti yang digunakan lembut serta daging yang digunakanpun sedap dan juga saiz burgernya bagi aku besar dan sudah tentu kenyang.

Anda boleh dapatkan set menu Burger Rio with beef dengan harga RM16.95 serta didatangkan dengan air gas beserta french fries. Manakalah untuk set Burger Rio with chicken dengan harga RM15.95 juga didatangkan dengan air gas beserta french fries.

Bagi aku Burger Rio ini sedap tetapi harga mungkin sedikit mahal sebagai pelajar kan. Jadi jika kene dengan masa dan keadaan ekonomi, Burger Rio boleh Repeat!!

Cuba Burger Rio Menu Terbaru McDonalds
Set Burger Rio with Beef (Air karbonate + Fries)

Cuba Burger Rio Menu Terbaru McDonalds
Besar tapak tangan

7/Post a Comment/Comments

  1. ramai juga yang kata sedap ni, nak kena try nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. tapi takut dah takda, sebab dah keluar burger baru

      Delete
  2. tak try lagi. harap harap sempat la try

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut tak sempat, sebab burger baru mcd dah keluar ni. hehe

      Delete
  3. tak sempag lagi nk try burger ni..

    ReplyDelete
  4. Bro suka prosperity.. Pedas yang daging punya.. Cantik kotak burger rio ni

    ReplyDelete
  5. bagi saya burger ni pedas. mungkin sebab dah tak boleh makan barang pedas kot...huhuhu
    tapi memang sedaplah. pedas dia macam taubat sambal belacan gitu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post