Inilah Hard Rock Hotel Penang

Inilah Hard Rock Hotel Penang

Bila teringat keindahan serta nyamannya suasana pulau dan banyak fasiliti kemudahan, mesti kita impikan untuk melancong atau bercuti kat pulau yang indah dan maju. Aku suggest tempat penginapan strategik untuk korang, tempat yang aku maksudkan adalah Hard Rock Hotel Penang terletak di pantai yang terkenal di Batu Ferringhi berserta khazanahnya yang luar biasa ini mempunyai kira-kira 249 bilik dengan ruang dan hiasan dekorasi yang bergaya y’all dan sesuai untuk korang yang dah berkeluarga, pasangan pengantin baru, atau travel secara individu. Hard Rock Cafe Penang juga satu konsep yang kondusif serta dihiasi dengan dinding merah yang dilukis yang berimpakan percikan cahaya keemasan berserta dinding kafe dihiasi dengan memorabilia sahih artis dari dekad tahun yang berbeza. Pada bulan Jun 2009, Ella dan Zainal Abidin menjadi rakyat Malaysia pertama dalam amal menderma memorabilia mereka bagi Hard Rock International bertaraf dunia ni. Memorabilia mereka kini dipamerkan di tingkat mezzanine di Hard Rock Cafe Pulau Pinang. Dinding di Hard Rock Hotel Penang dihiasi dengan imej, memorabilia dan ikon mencerminkan revolusi yang mengubah wajah muzik, fesyen dan seni. Ia adalah kekayaan budaya yang popular dari tahun 50-an melalui alaf baru dan membuat Hard Rock Hotel, Pulau Pinang ini menjadi tarikan bagi pengunjung di kedua-dua kumpulan tempatan mahupun antarabangsa.

Inilah Hard Rock Hotel Penang

Inilah Hard Rock Hotel Penang

Inilah Hard Rock Hotel Penang

Tempoh anggaran masa untuk sampai ke hotel Hard rock Pulau Pinang dengan memandu mengambil masa lebih kurang 4 jam 15 minit bergantung juga kepada trafik  dengan menggunakan lebuh raya Utara / Selatan. Terdapat syarikat penerbangan tempatan seperti Air Asia , Malindo, Malaysia Airlines yang terbang ulang-alik ke Pulau Pinang dari KLIA dan KLIA2. Ia mengambil masa kurang dari 1 jam untuk sampai ke lapangan terbang Pulau Pinang dan selepas itu, ada kereta sewa atau perkhidmatan Uber atau Grabcar untuk ke hotel. Mudahkan?

Kesemua 250 bilik yang ditawarkan ini mempunyai sentuhan yang unik  dan lengkap serta selesa seperti jubah mandi dan selipar, serta Wi-Fi percuma, internet berwayar percuma dan TV LED dengan saluran satelit. Para tetamu juga disediakan kemudahan seperti perkhidmatan bilik 24 jam, pemain DVD dan bar mini. Kemudahan bilik termasuk Wi-Fi, BOSE Sound Systems, TV skrin LED 50-inci, percuma HD Blockbuster Filem di pemain DVD / CD, pembuat kopi / teh, pengering rambut, bar mini, kemudahan, dan telefon IDD. Terdapat banyak jenis bilik disediakan oleh hotel ini seperti Hillview Deluxe, Seaview Deluxe and Terrace, Lagoon Deluxe, Roxity Kanak-kanak dan dengan Courtyard, Rock Royalty Seaview, Seaview studio suite, Rockstar suite dan Kings Suite. Mereka mempunyai kemudahan dan ciri-ciri yang berbeza serta panorama yang menakjubkan untuk setiap bilik di hotel ini serta setiap bilik juga mempunyai potret gambar-gambar penyanyi yang tersohor dunia. Mesti korang minatkan. 

Inilah Hard Rock Hotel Penang

Bila travel ini selalunya akan lapar, betul? so bolehlah korang buat pilihan di satu daripada 2 restoran hotel dan para tetamu boleh menikmati kopi di kedai kopi atau kafe. Hotel ini juga mempunyai bar atau deli snek, beb. Para tetamu boleh bersantai sambil menikmati minuman di satu daripada bar tempat peranginan, yang merangkumi bar pantai, bar renang naik dan bar dan ruang istirahat. Sarapan bufet yang disediakan dengan dikenakan caj dan disajikan setiap pagi antara 6:30 pagi dan 11 pagi. Starz Diner pulak merupakan salah satu restoran ini khusus dalam masakan Asia dan menyajikan sarapan dan makan malam. Selain itu, Pizzaria, restoran tepi kolam ini khusus dalam masakan Itali dan menyajikan makan tengah hari, makan malam dan makanan ringan dan sudah tentu Hard Rock Cafe pakar dalam masakan Amerika dan menyajikan makan tengah hari, makan malam serta makanan ringan. Para tetamu boleh menikmati minuman di bar dan menu kanak-kanak sentiasa ada. Sand Bar juga adalah bar yang terletak di pantai yang memberikan ketenangan di tepi pantai yang indah untuk traveller seperti korang sambil menikmati minuman dan bersantai.

Inilah Hard Rock Hotel Penang

Inilah Hard Rock Hotel Penang

Untuk orang yang suka bersantai dan berekreasi, korang jugak boleh memilih untuk melawat memorabilia atau bersantai di kafe dan berhibur bersama band di waktu malam atau dilayan oleh pelayan hotel di tepi kolam. Next, hotel ini jugak menawarkan kolam renang yang berukuran 26.000 persegi kaki renang, pulau pasir, dan gelongsor air untuk dinikmati oleh pengunjungnya. Kemudahan rekreasi yang lain termasuk kelab remaja, bola sepak meja, meja pool, Kelab Kanak-kanak Roxity, spa mewah, gimnasium yang serba lengkap dan dua kedai Hard Rock. Tidak lupa juga intipati Hard Rock Cafe yang merupakan muzik utamanya, hati dan jiwa Hard Rock. Korang boleh layan muzik setiap hari pada jam Rockin 'dari pukul 5.00 petang sampailah 8.00 malam dan band setiap hari dari 10.30 malam sampai 2.00 pagi ok. Untuk dapatkan servis ulang-alik, tunggu kat mana-mana bas stop 6 Hard Rock hentian (tidak termasuk perhentian bas di hadapan Rock Shop utama). Kelas-kelas yoga jugak disediakan setiap pagi Sabtu di taman Rock Spa dan para tetamu boleh memanja-manjakan diri dengan khidmat rawatan di spa di Rock Spa. Perkhidmatan urut juga disediakan di pantai dan di dalam spa dan perkhidmatan lain termasuklah urutan badan, urut tuaman batu dan rawatan muka. Pelbagai terapi rawatan disediakan, termasuk aromaterapi dan refleksologi untuk tetamu untuk berehat dan menenangkan fikiran dan juga terdapat salun rambut di mana anda boleh mendapatkan potongan dan rambut yang bergaya. Terdapat juga pas percuma ke acara hotel hanya untuk tetamu- tetamu di hotel je ye.

Inilah Hard Rock Hotel Penang

Korang mesti nak tahu tempat yang menarik kat sekitarnya, East Wind Watersports dan Pusat Membeli-belah Eden Parade pada pandangan aku antara tarikan di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Apa yang korang duk tunggu lagi? Lawati laman web atau apps Traveloka dan tempah Hard Rock Hotel, Penang untuk promosi dan tawaran yang hebat!

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

4 comments for "Inilah Hard Rock Hotel Penang"

Comment Author Avatar
dah pernah pi.. best :)

https://aerillhassan.blogspot.com
Comment Author Avatar
penah lalu jeeee hehehe x mampu menginap lagi =D
Comment Author Avatar
Pernah lalu je sebab masa tu duduk dekat homestay bank rakyat, nak menginap sini masih tak mampu lagi.