Cara Kenalpasti Coverage Telco Mana Yang Laju Di Kawasan Anda

Cara Kenalpasti Coverage Telco Mana Yang Laju Di Kawasan Anda

Cara Kenalpasti Coverage Telco Mana Yang Laju Di Kawasan Anda | Sekarang kalau kita perhatikan sudah banyak syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan rakaian dan plan terbaik untuk pelanggan mereka. Di Malaysia juga sudah banyak syarikat Telco yang wujud dan tidak lagi dipelopori oleh syarikat yang sama sahaja setiap tahun.

Yang biasa kita dengar dan yang utama di Malaysia seperti Celcom, DiGi, Maxis, UMobile dan terbaru Unifi Mobile. Di setiap plan Telco tersebut memberi keistimewaan yang tersendiri kepada pengguna.

Bagi era zaman moden sekarang, capaian internet adalah keutamaan jadi jika syarikat Telco berlumba-lumba menyediakan plan internet yang terbaik. Ada bagi dengan harga yang murah, ada juga menawarkan dengan jumlah data yang banyak dan sebagainya. Tetapi adakah ianya semua cukup? Jadi sekali lagi syarikat Telco mengeluarkan plan data tanpa had atau unlimited data. Jika anda tengok, hampir semua telco sudah menyediakan data tanpa had tetapi dengan harga yang berbeza-beza untuk setiap telco. 

Tetapi adakah cukup, anda mendapat data tanpa had tetapi anda tidak dapat kelajuan sepenuhnya daripada plan yang anda bayar tersebut? Anda dapat access youtube tanpa mengira kuota berapa yang tinggal tetapi setiap kali anda menonton, buffering berlaku. Anda boleh download dengan bebas tetapi speed download anda hanya 100mb/s je. Anda bayar mahal tetapi anda kene hadap semua ni

Jadi kat sini aku nak kongsikan Cara Kenalpasti Coverage Telco Mana Yang Laju Di Kawasan Anda dengan hanya menggunakan aplikasi di smartphone anda.

1.   Pertama kali anda boleh download aplikasi OpenSignal di Playstore Android dan Appstore iOS

Cara Kenalpasti Coverage Telco Mana Yang Laju Di Kawasan Anda

2.   Pilih Coverage di navigation bar di bawah

Cara Kenalpasti Coverage Telco Mana Yang Laju Di Kawasan Anda

3.   Tunggu untuk beberapa saat sehingga Compare Performance keluar dan tekan

Cara Kenalpasti Coverage Telco Mana Yang Laju Di Kawasan Anda


4.   Akan ditunjukkan paparan operator utama Malaysia bersama kelajuan Download dan Upload

Cara Kenalpasti Coverage Telco Mana Yang Laju Di Kawasan Anda


Jadi daripada paparan yang ditunjukkan di atas, kawasan perumahan aku di Temerloh operator atau plan yang paling laju dengan purata kelajuannya adalah DiGi, seterusnya Maxis, Celcom, UMobile dan akhirnya Unifi Mobile. Aku sebagai bekas pengguna DiGi memag akui speednya lebih laju dan stabil di sini, tetapi UMobile memberi plan yang lebih jimat. hehe

Selain itu, anda boleh explore keistimewaan aplikasi ni seperti menyediakan speed test dan juga Data Usage. Harap ianya membantu untuk pengguna mengetahui lebih baik kelajuan capaian internet di kawasan sendiri.

3/Post a Comment/Comments

  1. nanti abe kie muatturun apps ini n try. thanks aiman!

    ReplyDelete
  2. 100MB/s tu laju dah. Berbeza dengan Mbps. Mbps lagi slow dari MB/s. Kawasan saya Celcom download file 100MB 1 minit je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post