Tahniah Kepada Juara Super Spontan Xtranvaganza 2018

Tahniah Kepada Juara Super Spontan Xtranvaganza 2018

Tahniah Kepada Juara Super Spontan Xtranvaganza | Sebentar tadi telah berlangsungnya pusingan akhir bagi permainan Super Spontan Xtravaganza untuk tahun 2018. Sebentar tadi juga telah kita ketahui juara antara 6 peserta yang masih tinggal di pusingan akhir ini.

Pada awalnya, 16 peserta telah mengambil bahagian iaitu 8 di pasukan Sotong Kangkung dan 8 lagi bagi pasukan Lobster Leleh. Selepas 9 minggu beraksi, di minggu ke 10 telah terjawab 6 peserta yang layak tembusi ke pusingan akhir iaitu Achey, Fad, Izzue, Joey, Shahrul, dan Atu. Pusingan akhir ini mereka tidak bertanding atas tiket kumpulan tetapi mewakili individu sendiri.

Tahniah Kepada Juara Super Spontan Xtranvaganza 2018

Peserta diadili oleh juri tetap iaitu Adibah Noor dan Dato Afdlin Shauki dan seorang juri jemputan iaitu Ayda Jebat. Anda boleh tonton semula video Super Spontan Xtravaganza 2018 bagi setiap minggu di Astro Gempak.

Masing-masing telah memberi yang terbaik ketika permainan dan memberi idea yang kelakar untuk diluahkan supaya penonton gembira dan memberi gelak tawa. Akhirnya dengan jumlah undian orang ramai dan markah juri, Fad telah dinobatkan sebagai Juara Super Spontan Xtravaganza bagi tahun 2018 ini. Ini di ikuti dengan Izzue Islam di tempat ke-2 dan Achey di tempat ke-3. Selain itu, Atu berada di tempat ke4, Joey di tempat ke-5 dan Shahrul di tempat ke-6. Bagi aku untuk yang final ini agak berjaya bagi semua peserta, cukup lawak dan boleh gelak.

Juara bagi Super Spontan kali ini membawa hadiah sebanyak RM100,000 bersama trofi. Sementara naib juara pula memenangi wang RM50,000 manakala tempat ketiga menerima RM25,000 dan tempat keempat, ketiga dan keenam masing-masing bakal menerima RM5,000.

Tahniah Kepada Juara Super Spontan Xtranvaganza 2018

Tahniah Kepada Juara Super Spontan Xtranvaganza 2018


sumber: astrogempak.com

6/Post a Comment/Comments

  1. Wahhh...tahniah Fad...rezeki anak2 dia tu

    ReplyDelete
  2. Tak layan sangat super spontan ni. Tetiba dah ada juara hehehe...
    Tahniah buat mereka berenam.
    Wow lumayan tu 100k.
    Tak sangka juga Izzue Islam #pandaimelawak dapat no 2

    ReplyDelete
  3. rezeki fad rezeki anak bakal lahir kan?

    ReplyDelete
  4. Mereka lah juaranya ya..adiii kaya dia kan Aiman..

    ReplyDelete
  5. terima kasih linkkkan blog Etuza ya Aiman

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post