Pengalaman Kursus Safety & Health Di Pahang Skills Selama 4 Bulan

Pengalaman Kursus Safety & Health Di Pahang Skills Selama 4 Bulan

Pengalaman Kursus Safety & Health Di Pahang Skills Selama 4 Bulan | Alhamdulillah sudah hampi sebulan aku selesai berkursus di Pahang Skills Development Centre, Kuantan.

Seterusnya aku akan menjalani latihan industri sebagai syarat keperluan bagi kursus aku ini. Aku telah menjalani kursus selama 4 bulan di bawah program Process Plant Safety & Health (PPSH) bersama 24 rakan sekelas lain.

Pengalaman Kursus Safety & Health Di Pahang Skills Selama 4 Bulan

Sebelum cerita yang lain, tahukah anda, kursus ini ditawarkan secara percuma tanpa bayaran selama berkursus.

Jika anda perasan sekarang hampir semua bidak construction iaitu pembinaan, kilang, bidang oil & gas telah mewajibkan perlu ada seorang Safety Officer sebagai keperluan undang-undang.

Jadi memenuhi keperluan itu, pihak Pahang Skills telah mengadakan satu kursus khas ini seperti yang diberitahu sebentar tadi.

Jadi dengan menghadiri kursus secara percuma ini anda akan dapat Sijil Kehadiran Safety & Health Officer dan secara automatik melayakkan anda untuk menghadiri peperiksaan SHO dan semakin dekat untuk menjadi Safety Officer yang berdaftar.  

Pengalaman Kursus Safety & Health Di Pahang Skills Selama 4 Bulan

Jika anda mahukan sijil kehadiran ini, anda juga boleh ambil di pusat atau tempat lain diluar tetapi ianya berbayar iaitu selama 22 hari.

Kebiasaan harganya sekitar rm3000 ke rm4000 tidak termasuk peperiksaan SHO. Jadi dengan kursus PPSH yang ditawarkan di Pahang Skills ini, anda tidak perlu membayar apa-apa dan ianya percuma.

Yang bestnya kursus ini, selain anda layak untuk mendapatkan sijil kehadiran SHO anda juga diajar dengan subjek tambahan lain seperti:

  1. Modul 1,2,3,4 (Module wajib untuk layak Sijil Kehadiran SHO)
  2. Working at Height
  3. Confined Space (AGT & SP)
  4. Basic Fire Fighting (BFF)
  5. Schedule Waste
  6. HIRARC
  7. Dan beberapa subjek basic english lain

Kalau anda tengok, dengan kursus 4 bulan ini, anda dapat bermacam-macam manfaat dan ilmu tambahan selain daripada tujuan utama untuk dapatkan Sijil Kehadiran SHO itu sendiri.

Bagi anda melayakkan untuk menghadiri kursus PPSH ini, anda mestilah lepasan Diploma bidang Teknikal, Sains dan kejuruteraan.

Boleh tengok lebih lanjut syarat kelayakan di website pahangskills. Kat sini aku nak cerita sedikit pengalaman aku selama berada di Pahang Skills di bawah program atau kursus Process Plant Safety & Health (PPSH).

Pengalaman Kursus Safety & Health Di Pahang Skills Selama 4 Bulan
Belajar teori dan praktikal selama di Pahang Skills

Selama 4 bulan aku di Pahang Skills aku didedahkan dengan ilmu keselamatan & kesihatan pekerjaan daripada trainer yang berpengalaman.

Walaupun aku pernah belajar tentang safety sedikit di universiti sebelum ini, rupanya banyak lagi ilmu baru yang aku pelajari.

Selain teori yang anda pelajari di dalam kelas, anda juga didedahkan basic praktikal atau akan didedahkan dengan objek sebenar. Sebagai contoh, di dalam subjek Confined Space (AGTSP), kami didedahkan dengan objek gas tester yang sebenar, cara untuk menggunakannya juga di ajar.

Selain itu, alat bantuan pernafasan juga di ajar secara praktikal iaitu Self-Contained Breathing Appratus. Insya Allah, aku kongsikan lebih lanjut berkaitan dengan subjek AGTSP di entry lain.

Ada juga berkaitan dengan Safety Harness, praktikal untuk melawan kebakaran dan sebagaiknya. Nanti aku cerita lebih lanjut di entry seterusnya.

Pengalaman Kursus Safety & Health Di Pahang Skills Selama 4 Bulan
Sesi praktikal

Kursus singkat 4 bulan yang disedikan oleh pihak Pahang Skills ni bagi aku sangat berbaloi bagi lepasan siswazah yang mungkin ingin ceburi bidang safety selepas ini.

Tetapi mungkin ada yang tidak berminat dengan tempoh 4 bulan tersebut dibandingkan dengan kursus kehadiran 22 hari yang disediakan oleh pihak seperti Niosh sendiri.

Terpulang kepada individu. Kursus ini juga melebarkan networking  kita sekali gus kerana trainer yang berpengalaman. Sudah tentu trainer mahukan pelajarnya berjaya, jadi dengan networking yang mereka ada, mungkin kita lebih mudah dapatkan pekerjaan dengan rezeki daripada Allah.

Di sini juga, aku berkesempatan kenal dengan rakan-rakan selain daripada Pahang sendiri, ada daripada Selangor, Terengganu, Johor, Kelantan dan Kedah. Macam biasa, networking semakin besar. (rakan-rakan kalau baca ni, nak aku tulis nama, bayar ke aku hahaha)

Pengalaman Kursus Safety & Health Di Pahang Skills Selama 4 Bulan
Sempat la bergambar dengan budak kelas

Mungkin takat ni je la aku cerita, untuk pengalaman lain bagi subjek aku akan ceritakan kemudian. Jadi kepada pelajar lepasan Diploma Teknikal yang berminat untuk ceburi bidang Occupation Safety & Health selepas ini, mungkin anda boleh masuk di kolej-kolej teknikal seperti Pahang Skills ini dah ambil kursus pendek Safety di situ.

Yang paling best, sudah tentu ianya percuma. Jadi mana yang nak cuba boleh lawati website Pahang skills mereka sendiri atau menerusis laman facebook Pahang Skills.

Mana tak faham tu, boleh komen atau email aku. Mana aku boleh jawab, aku jawab. 

4/Post a Comment/Comments

  1. tahniah!!! semoga skill dan ilmu yg diberi akan bertambah mantap dgn jayanya👍

    ReplyDelete
  2. Wah! tahniah dah tamat kursus.
    If you think safety is expensive try an accident biasa kalau pi kursus safety mesti dengar quote ni kan

    ReplyDelete
  3. Selepas ambil kursus selama 4 bulan, kita perlu latihan industri ke sebelum dapat sijil PPSH tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ianya optional. boleh je nak terus kerja, kalau ada peluang

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post