Sempat Rasa Menu Baru KFC Spicy Gochujang Crunch

Sempat Rasa Menu Baru KFC Spicy Gochujang Crunch


Sempat Rasa Menu Baru KFC Spicy Gochujang Crunch | Pada awal November yang lepas, KFC telah memperkenalkan 1 menu baru yang korang boleh dapatkan di setiap cawangan KFC yang berdekatan. Katanya menu kali ni ada rasa-rasa ala sos Korea sikit. Makin banyaklah pengaruh Korea yang telah sampai di Malaysia kan sekarang. Jadi aku decide nak rasa la apa yang best menu baru KFC kali ni.

Sempat Rasa Menu Baru KFC Spicy Gochujang Crunch

Menu baru daripada KFC kali ini adalah KFC Spicy Gochujang Crunch. Gochujang ni kalau korang google merupakan "pes kacang pedas" daripada Korea yang diperbuat daripada cili merah, nasi pulut, kacang soya yang ditapaikan dan garam. 


Menunya mungkin sama seperti menu baru yang diperkenalkan sebelum-sebelum ini. Seperti biasa, yang special serta istimewa adalah sos yang diberi.


Review Ringkas KFC Spicy Gochujang Crunch

Sempat Rasa Menu Baru KFC Spicy Gochujang Crunch


Menu baru kali ini kalau korang beli di kaunter, menunya seakan-akan snack plate iaitu 2 ketul ayam goreng, coleslaw, whipped potato, air oren dan penambahan adalah sos Gochujang tersebut yang seberat 44g dengan besar 200ml kot.


Sempat Rasa Menu Baru KFC Spicy Gochujang Crunch Sempat Rasa Menu Baru KFC Spicy Gochujang Crunch



Jadi untuk rasa semuanya adalah sama seperti menu biasa yang terdapat di KFC kecuali sos Gochujang. Ayam goreng lebih rangup sebab crunch yang dinyatakan manakala air oren, coleslaw dan whipped potato sama je. Yang istimewa adalah rasa sos, ianya bagi aku seakan rasa keju yang manis tetapi sedikit pedas.

Jadi korang kalau nak makan, ikutlah citarasa masing-masing,  cumanya ikut iklan, korang boleh cuahkan sos ke atas ayam goreng tersebut tetapi aku hanya calit ayam tersebut kalau nak makan. Sama jah rasanya pun. hahaha Dengan harga set RM 14.50 atau korang boleh untuk 3 ketul ayam dengan harga RM 19.50 bagi rasanya sedap tetapi cukuplah sekali untuk rasa. Makan yang biasa je la, murah sikit.


Sempat Rasa Menu Baru KFC Spicy Gochujang Crunch
Casher KFC Paradigm Mall, ceria orangnya



Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

8 comments for "Sempat Rasa Menu Baru KFC Spicy Gochujang Crunch "

Comment Author Avatar
hahahaha kan! cukuplah sekali sebab sos dia tak pedas macam yang dijangka
Comment Author Avatar
haha kan. makan benda lain la plak
Comment Author Avatar
hmmm tak rasa lagi ni.
Comment Author Avatar
kalau rezeki lebih boleh la makan nanti rasa
Comment Author Avatar
Tak pernah merasa makanan ni lagi Aiman..pedas tu
Comment Author Avatar
Tak best yer, Zumal masih berkira-kira nak rasa atau tak
Comment Author Avatar
bukan la tak best, sedap je. nak rasa boleh je, tapi hanya sekali. hehe