Recent Posts

Pengguna iPhone, Kini Anda Boleh Lock Aplikasi Whatsapp Anda



Pengguna iPhone, Kini Anda Boleh Lock Aplikasi Whatsapp Anda | Whatsapp. Rata-rata pengguna smartphone menjadi perkara wajib untuk install dan mempunyai akaun Whatsapp. Sedia maklum Whatsapp merupakan aplikasi yang seakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang membolehkan pengguna berhubung melalui mesej, tetapi ianya hanya berfungsi jika bersambung dengan internet.

Pengguna iPhone, Kini Anda Boleh Lock Aplikasi Whatsapp Anda

Hari ini kecoh di laman-laman sosial bercakap mengenai aplikasi Whatsapp ini. Sebab apa? Ada update terbaru ke? Atau sudah terpapar iklan di Whatsapp story? Ciri ini setakat ini secara rasmi hanya ada pada pengguna iOS. Untuk Android, aku tak pasti ada atau tidak. Tetapi kalau tak silap anda boleh guna third-party aplikasi untuk lock Whatsapp anda.

Ya betul ada update terbaru di platfom iOS. Di mana kali ini Whatsapp Messenger mendatangkan versi 2.19.20 di mana update terbaru, pengguna iPhone dapat 'lock' atau mengunci aplikasi tersebut menggunakan 2 cara iaitu menggunakan Face ID dan juga Touch ID.

Dengan adanya ciri lock ini, aplikasi Whatsapp hanya boleh dibuka menggunakan Face ID atau Touch ID. Secara tak langsung, ini memberikan lebih security atau keselamatan kepada data-data atau setiap perbualan yang mungkin tidak boleh dikongsi bersama orang lain. 

Atau mungkin lebih senang untuk curang lepas ni? hahaha Terserah pada anda. Bagaimana anda menggunakannya. Ke arah lebih baik atau sebaliknya.

Cara untuk anda dapatkan aktifkan ciri lock terbaru ini

Model iPhone : iPhone 5s
Versi : iOS 12.1.2

  1. Anda perlu update aplikasi Whatsapp Messenger anda terlebih dahulu kepada versi 2.19.20
  2. Anda pergi ke aplikasi Whatsapp Messenger anda dan pilih Setting
  3. Kemudian anda pilih Account
  4. Kemudian pilih Privacy
  5. Skrol ke bawah sekali dan anda dapat lihat pilihan Screen Lock
  • Di sini jika anda pengguna iPhone X dan ke atas; di beri 2 pilihan - Touch ID atau Face ID manakala pengguna iPhone 8 plus dan ke bawah hanya diberi pilihan Touch ID sahaja

Pengguna iPhone, Kini Anda Boleh Lock Aplikasi Whatsapp Anda


Post a Comment

3 Comments