Dunia Menyaksikan Keamanan Dikecapi Di New Zealand



Dunia telah dikejutkan dengan serangan pengganas pada seminggu yang lalu di New Zealand. Semua sedia maklum tentang perkara ini, apa tujuan pengganas tersebut, dari mana datangnya mereka dan sebagainya.

new zealand cristchurch solat jumaat
SALAM : Menjadi tajuk besar newpaper di New Zealand

Kita sudah baca di setiap bahagian internet bagaimana peristiwa buruk ini berlaku di Christchurch, sehingga telah memberi impak yang besar kepada negara itu sendiri, New Zealand. Peristiwa serangan terhadap sebuah masjid yang rata-ratanya orang Islam yang selesai melakukan Solat Jumaat di Masjid.

Hari ini, 22 Mac 2019 sejarah tercipta di mana Solat Jumaat di Cristchurch telah disaksikan oleh seluruh dunia melalui siaran langsung di televisyen. Selain itu, pada khutbah Jumaat turut disertai dan di dengari oleh Perdana Menteri New Zealand sendiri, Jacinda Ardern serta rakyat New Zealand yang bukan Islam.

new zealand cristchurch solat jumaat
Suasana ketika khutbah disampaikan

new zealand cristchurch solat jumaat
Perdana Menteri New Zealand juga turut bersama ketika khutbah disampaikan

Katanya, ada kumpulan Motor yang gah di New Zealand sanggup berada di luar kawasan solat bagi menjaga keamanan ketika orang Islam sedang solat. Selain itu, di adakan hijab day sempena memperingati peristiwa tersebut. Jadi rata-rata golongan wanita New Zealand memperagakan pemakaian tudung pada hari Jumaat ini.

Siapa sangka kan dengar tragedi buruk terhadap orang Islam itu telah memberi impak lebih positif terhadap Islam sendiri. Menyangkal pengganas tiada bangsa, pengganas tiada agama.

Dari peringkat tertinggi iaitu kerajaan New Zealand sehingga rakyat sendiri yang bukan Islam telah memberi penghormatan tertinggi kepada golongan minoriti Islam di Cristchurch. Semoga New Zealand terus diberikan keamanan dan menjadi antara negara teraman di dunia.

Harap peristiwa ini dapat memberi pengajaran di Malaysia juga untuk terus hidup aman dengan masyarakat berbilang bangsa dan perbezaan pengangan agama. Semoga kita dapat hidup bersama dan terus memacu dan mencapat negara teraman di dunia seperti New Zealand

Semoga arwah adik Haziq ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah

6/Post a Comment/Comments

  1. Tiap kali baca pasal ni, still tak boleh tahan, mmg sebak sgt ..

    ReplyDelete
  2. Salute warga NZ, bangsa dan agama bukan perbezaan untuk dipersoalkan yg penting tolenransi dan hormat menghormati sesama sendiri

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah kurnikan hidayah kepada mereka.. Takbir!

    ReplyDelete
  4. inilah hikmah di sebalik kejadian

    ReplyDelete
  5. kan... nampak Islam tu lain sangat kat negara Barat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post